Nuffnang Ads

Wednesday, December 28, 2011

lagi 3 hari je lagi...

lagi 3 hari je lagi nak habis 2011 dan 3 hari lagi nak sambut 2012. macam2 jadi pada tahun ni, ada sedih, duka, gembira, enjoy, sweet dan lain2...macam orang lain jugak, ummi nak review sikit apa yang berlaku sepanjang tahun 2011 untuk ummi dan family..

Jan

masih menyusukan afnan dan masih mengepam.

Feb

-masih menyusukan afnan dan masih mengepam.
- kami tak sambut besday diorang cuma ummi belikan hadiah je untuk mereka berdua, biasanya setiap tahun kami raikan besday pada penghujung Feb.

Mac

-ayah dapat bonus. ada beberapa wishlist ummi ayah kabulkan. Langsir baru, penapis air coway, dan carpet.
- bulan ni kami holiday ke Cameron Highlands, Lumut dan Pangkor bersama anak-anak.

April

- afnan mula wean off secara semulajadi. dan ummi mula stop mengepam. Jenuh juga mahu cari susu yang afnan nak minum. orang kata nak wean off anak susah, nasib baik Allah mudahkan segalanya.
- ummi disahkan hamil tapi tak sampai 5 minggu, discharge habis dan tak perlu d&c. kalau ikutkan edd saat ini ummi tengah melayan baby kecik
- attended Bengkel Penyeragaman Undang-Undang di Ancasa Allsuites, PD. kali ini tak bawak anak2 sebab sibuk buat kerja.

Mei

- dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010 di PWTC. Duit hadiah dilaburkan dengan mencari benih pokok untuk ditanam dan beli rumput carpet untuk ditanam di halaman rumah..

Jun

- kami tak sambut besday ayah dan ummi sebab ayah tak dapat cuti pun. selalunya kami makan bersama atau ummi masak di rumah dan celebrate dengan anak-anak
- bawa abah dan mak bercuti di PD walaupun pada hakikatnya, ummi tengah berkursus (Kursus Pengurusan Aset) waktu tu.

Julai

- Sukan Cendiakawan Educare untuk zhafran dan afnan...

Ogos

- memandangkan ummi dah period, so puasa tahun ini tidak penuh kena ganti 3 hari. 4 tahun puasa penuh tak perlu qada'

September

Raya kami biasa2 sahaja. First time beraya dengan baju kurung raya yang dijahit sendiri dan jahit manik pun sendiri.
-attended Bengkel Lesen 1 Wilayah, anjuran KWPKB di Corus Paradise, PD

Oktober

ummi sekali lagi disahkan pregnant. masuk 8 minggu, bleeding dan bila refer ke pakar, baby tak jadi dan perlu d&c.
-attended Bengkel Tatatertib dan Kaunseling di Cameron Highlands..walaupun tengah bleeding

November

24 November 2011 ummi dijadualkan d&c di Pusat Rawatan Islam Azzahrah, Bangi dan MC selama 2 minggu. 2 minggu tempoh berpantang digunakan sebaik mungkin, dengan melatih zhafran diapers free, lebih rapat dengan anak...dan merasai nikmat bangun lewat setiap pagi.

Disember

-Habis je tempoh MC, ummi kena attend Bengkel Lesen 1 Wilayah di Langkawi. memandangkan kesihatan pun baru nak pulih, ayah temankan ummi kat sana. anak2 terpaksa ditinggalkan dengan atok dan nenek di kampung. nasib baik mereka baik2 sahaja. terima kasih tak terhingga pada mak dan abah sebab tolong orang jaga zhafran dan afnan. dua2 ayah dan ummi demam teruk balik dari Langkawi.
- habis bengkel di Langkawi, kena attend Bengkel Pindaan Akta Kerajaan Tempatan di Hotel Istana KL. since malam pun ada program, haruslah tidur di sana. nasib baik penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur. haruslah mengangkut anak2 dan suami ke sana...sampai tak nak balik sebab best sangat katanya.
- cuti christmas, kami ke penang attended best fren masa sekolah menengah kawin. jalan2 makan angin, dan makan-makan bersama anak2. balik terus kami demam anak beranak.

ini antara review sepanjang tahun yang berlaku. banyak hari2 ummi habis dengan kerja outstation je kan..sian kat anak2..kadang2 kena tinggal, kadang2 boleh ikut tapi kena ponteng sekolah pulak. tak tahula tahun depan macam mana rutin harian ummi lagi kelam kabut mungkin sebab kena attend kelas pulak...

apa2 pun doakan yang terbaik untuk ummi sekeluarga..amin

Saturday, December 17, 2011

owh....ada jugak rupanya...

ingat tak entry ummi hari tu yg ala2 sedih tak de kejutan masa anniversary..ala entry kat CNI..rupanya ayah ni buat gempak je..hehe..baru nak merajuk sebulan...keh keh..tak jadi sebab rupanya masih ada elemen surprise dalam diri ayah...i really love it!..dia pernah tanya apa yg ummi nak..biasala perempuan kan jual mahal..ummi cakapla semua ummi dah ada...malas nak demand lebih2 sebab saje mahu kumpul duit saving untuk masa depan dan study tahun depan.



ini dia model cilik handsome boy untuk jam ESPRIT ummi:)

ummi tak kisahla berapa harganya, tapi keikhlasan tu yang penting. tanda ingatan ayah pada ummi. ummi je tak bagi apa2 kan pada ayah..tunggu ummi kaya gaji besar,mana tahu kan lepas ni, boleh lah belikan ayah apa yang ayah nak...cita2 ummi kan nak belikan ayah basikal mountain ride tu...agak2 berapa ye..sebab kalau yang ok, pernah tanya kawan2 harga dekat 1K...tu yg pikir2 tu...tapi kan tlg jgn bagitahu ayah k...

ayah doakan ummi cepat kaya dan banyak duit ye...:) happy anniversary sayang....

Wednesday, December 7, 2011

Langkawi pula kita....

Esok malam ummi dan ayah akan ke Langkawi. Kali ni naik flight. biasanya kami drive dan naik feri...satu pengalaman berbeza...mungkin akan dikongsi lepas ni. tapi kali ni ummi tak bwak anak2...sorry ye sayang. ummi pergi atas urusan kerja dan sambil2 sahaja untuk bercuti menenangkan fikiran dan stress kerja serta kesedihan ummi baru2 ini.

Allah adalah sebaik2 perancang...Dia merancang dengan benda yang terbaik untuk hamba Nya. ummi dangat bersyukur dengan apa yang diuji...Allah itu sayang kan kita sebab itu kita diuji . Lagi besar ujian Allah itu tandanya Allah memang sangat sayang pada kita...amin...

ummi harap anak2 semua dapat tinggal dengan nenek dan atok baik2 jgn nakal sebab ummi risau mereka jarang ditinggalkan lama dan selalunya kami mesti ada salah seorang....bagi ummi dan ayah peluang untuk berdua ye sayang... nanti christmas, kita jalan sama2 ke penang pula....ummi tetap ingat anak2 ummi setiap masa dan ketika..tunggu ummi balik dan bawak ole2 untuk korang ye sayang..love u and gonna miss u both a lot!...mmuahss...

Ombak Rindu Kami....

5hb yg lepas ummi pergi menonton Ombak Rindu dengan ayah. Mula2 cerita ayah dah tido sebab kerja malam midnight. heheh...tapi berdengkur tu yang tak hingat...mula2 citer dah meleleh air mata macm takleh tahan. sedih bangat..sebenarnya i pernah kutuk Maya Karin yang pada pandangan i dia bukan seorang perempuan melayu kampung yg mmpu bawak character seberat itu...tapi i salah u olls...i rasa ok jer dan sayu sangat tengok izah kat dlm movie tuh...

aaron aziz tak dapat disangkalkan lagi sebab i memang minat dia ...tapi yang part i tak minat bila dia terpaksa mengikut arahan tuan director untuk pegang, peluk dan cium 4 perempuan dalam movie tuh...maya karin, lisa surihani, julia ziegler dan paling menyampah si azizah mahzan...tension aku tengok...rasa berdosa bila tengok scene yang tak sepatutnya ada dan tak perlu pun...kalau scene tersebut takde pun, rasa jalan cerita ok..lebih elok diselitkan dengan adegan aaron aziz yang sepatutnya benci izah..ni sekejap sangat dah jatuh cinta..mula2 macam ganas...hehhehe...gaya komen macam dah baca novel dia kan..tapi tak pernah pun...hahhaha....

watak2 lain ok2 sahaja just menyerikan movie...tapi lepas kuar panggung, ayah asyik bebel kami tak sepatutnya tengok movie..itu ini itu ini....pening kepala..sampai 2 hari tak habis cakap benda yg sama...rasanya next time ummi akan pergi menonton movie seumpamanya sendiri je la...susah kalau ada pengkritik lebih2 nie..apa2 pun ummi sangat suka cerita tersebut...

ayah kata pelik tengok kiri kanan depan belakang semua sob sob sob....hehhehe...yelah ramai kaum wanita...mestilah mengalir air mata kan...hehhe...lepas menangis puas2...kuar panggung ummi pening kepala sangat. entah kenapa....movie ini jauh lebih hebat dengan Lagenda Budak Setan....berbaloi untuk tengok!

Thursday, December 1, 2011

Ulangtahun Kami Ke 5....

Agak aneh tahun ini kerana ayah tak beri bunga pada ummi. mungkin ummi mc dan ada di rumah, maka tiada surprise,..selalunya dapat bunga di ofis...ummi berani tulis kat sini sebab ayah tak baca blog ummi...tapi dia tak lupa anniversary kami..dah wish pun pagi2 tadi..tapi agak pelik tahun ini...sedih juga, bila setiap tahun memang tidak pernah miss something untuk ummi...

ala, takde apa2 la..jgn sedih2 la...biasala perasaan tu..tapi kan ummi nak tulis juga di sini sebab tahun ini macam2 jadi...tapi kami berdua dapat menempuh segalanya...agak sulit untuk ditulis di sini. bermula dengan problem di tempat kerja, keluarga...dan diri sendiri...tapi bila kita diuji dan kami berjaya mengharungi nya bersama-sama, cukup manis untuk dikenang..

sesungguhnya ummi bersyukur dikurniakan suami yang cukup bersabar dengan karenah ummi dan anak2 yang semakin lama semakin mengikut perangai ummi yang mengada2 tu...nak marah kan mereka pun tak boleh sebab perangai mereka saling tak tumpah dengan perangai ummi sebenarnya. memang ummi akui selalu terjerit2 dengan anak2 sendiri sebab kadang2 di luar batasan juga perangainya,.tapi ummi sayang anak2 ummi...geram kadang2 bila mereka tidak boleh mendengar kata dan hanya mahu hajat mereka sahaja dituruti, tapi ummi bersyukur sangat2 sebab dikurniakan anak2 yang comel dan bijak..lagi2 bila mereka sudah pandai memujuk dan berkata2...cair sudah hati ummi yang keras ini.

untuk 5 tahun perkahwinan kita, selain dikurniakan 2 anak yang paling sempurna di mata ummi, suami yang terlalu penyayang dan sabar, memiliki rumah sendiri, kerjaya yang ok...apa lagi yang perlu di komplen...perlu lebih bersyukur...cita2 ummi untuk sambung belajar untuk 2 tahun akan datang masih belum terlaksana...kena kuat semangat dan terus berjuang. Semoga kesihatan sentiasa bersama2 ummi.


selepas melalui rasa sedih kehilangan 1 nyawa baru-baru ini, teringin sekali mempunyai anak kecil selepas study tamat. semoga Allah memakbulkan impian ummi yang 1 ini. Harap2 lepas ini dapat la ummi baby comel perempuan pula kan..seronoknya bila ada anak kecil perempuan....doakan2 ummi juga ye.... apa2 pun ummi bersyukur dengan apa yang ummi ada sekarang ini. Semoga Allah memberkati rezeki kami anak beranak...