alhamdulillah, walaupun penat menguruskan hal ehwal rumahtangga dan juga bekerja di siang hari, ummi tetap gagah memasak untuk suami dan anak2..cuma ada juga ketikanya terlalu letih maka excuse kan diri untuk tidak memasak. sebabnya antara hobi ummi yang banyak tu, salah satunya adalah suka mencuba resepi2 baru..seronok bila menjadi dan sedap. seronok dan puas hati hilang letih semua bila orang kata makanan sedap. semalam ummi try masak laksa johor. first time dalam sejarah hidup ummi selama 30 tahun ini tau. alhamdulillah menjadi laksa johor nya. tak la susah mana pun, rebus ikan...blend bahan tumisan, rebus spagetti, sediakan ulaman nya..sudah siap...bila masak sendiri, suka hati kita la nak letak banyak mana ikan..memang best..
baru2 nie, ummi try masak ayam panggang black pepper, perap dengan menggunakan resepi sendiri. meh ummi share sikit perapan yang ummi buat:
Bahan-bahan perap:
1) 5 sudu besar sos black pepper;
2) 1 sudu kecil black pepper;
3) sedikit madu,;
4) 3 ulas bawang putih;
5) 1/4 labu bawang besar;
6)1/2 inci halia;
7) 1-2 sudu besar rempah BBQ;
8) sedikit gula, garam dan secukup rasa.
Blend kesemua bahan tersebut dengan sedikit air. setelah hampir2 lumat, lumurkan pada ayam yang telah dicuci bersih dan cucuk2 kan bahagian ayam tersebut dengan garpu yg tajam supaya bahan2 tadi meresap ke dalam ayam. peram semalaman. Bakar pada suhu 200 degree 20 minit dan balikkan...tambah masa sekiranya masih belum betul2 masak....
rasanya memang sedap kalah kenny rogers uollls.....tak caya trylah..so far kalau buat tak pernah tak habis...licin...:) sebab tu la gambar tak sempat snap....