Nuffnang Ads

Friday, July 8, 2011

Tips Penyusuan untuk Edda dan Nadia

Alhamdulillah hari ini dah kurang tak sihat. semalam awal2 balik dan terus makan panadol, nasib baik budak2 nie tak buat perangai amcam2, dapatlah tido awal dan bangun awal pagi ni. berdezup pergi kerja dan terus teringat ada berhutang entry ini.

Edda, baby kamu masih terlalu kecil untuk menerima susu asing selain susu ibunya. Dia berhak untuk mendapat susu yang terbaik di dalam dunia iaitu susu kamu. Kita kena berusaha untuk pastikan dia dapat yg terbaik. Caranya:- Pertama kamu mesti kena kuat dan tabah, tetapkan pendirian yang Adra mesti dapat susu kamu sahaja. Untuk sekarang ini, teruskan penyusuan terus seperti biasa, Adalah normal jika pam selepas menyusu dapat sekitar 2-3 oz. Dulu, ummi pam hanya angin yg keluar pun ada. Kira kamu lebih bagus lebih baik dari ummi. Antara silap kita, suka membanding-bandingkan hasil pengepaman kita dengan orang lain. Allah itu sangat Adil dan Memahami. Dia menjadikan susu setiap ibu memang cukup untuk anaknya. Susu seseorang ibu itu amat bergantung kepada demand anaknya. Di sini la berlakunya konsep demand n supply. Ibu yang dapat menghasilkan susu yg banyak melalui kaedah pengepaman telah memperolehi permintaan yang tinggi dari bayinya. Bila permintaan tinggi, maka stimulation lebih kerap berlaku. Stimulation ini disebabkan penyusuan terus atau dengan cara expression susu melalui kaedah pam atau manual-tangan. Bila kita kerap melakukan stimulation, automatik otak kita menerima signal bahawa lebih banyak susu perlu dihasilkan. itulah konsepnya yg kita perlu percaya. dan ia memang berhasil.

Kita memang cepat membuat presumption dengan mengatakan kita kurang susu bila tengok pada hasil pengepaman kita. sebenarnya kita telah silap. Apa yang perlu dilihat ialah, adakah bayi kerap menyusu, bagaimana dengan diapers nya, adakah cukup buang air besar dan buang air kecil, kenaikan berat badan ok atau tidak. itulah kayu pengukur yang anak kita cukup susu atau tidak. dari situ kita tahu, susu kita sebenarnya memang cukup dan memadai dengan permintaan si bayi.

Apa yang ummi cadangkan ialah, untuk mulakan penyimpanan stok ebm, mulakan dengan buat secara tandem pumping. ia begini, semasa menyusu, sebelah lagi cuba pam. memang akan dapat banyak sebab penyusuan terus itu membantu mendapatkan let down, automatik susu akan keluar dengan lebih banyak untuk sebelah breast yang kita pam. Tips lain, setiap kali lepas menyusu pam sebelah breast lagi untuk stock up ebm yg ada. cuba bangun pagi dan mengepam, ambil masa selang sementara tak menyusu Adra. Kalau mengepam awal pagi, ia membantu meningkatkan pengeluaran susu dan susu yang kita dapat pada awal pagi lemaknya lagi tinggi dan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan anak kita.

Ok, setakat ini dulu, yg boleh disampaikan. Kalau ada lagi info yang diperlukan jgn malu2 bertanya dan boleh di explain di sini. Lebih prefer menulis di sini supaya orang lain juga dapat memanafaatkannya.:)

Jgn stress2....happy breastfeeding!

No comments:

Post a Comment