Nuffnang Ads

Saturday, July 16, 2011

Sukan Tahunan Cendiakawan Educare 2011

Assalammualaikum....fuh fuh....tiup habuk jap..sebab nya dah lama sangat tak menjengah blog yang makin lama makin berhabuk nie...memandangkan tetiba je mood nak update blog ni datang, maka marilah sama2 baca bingkisan kali ini.. hehehe...tak nak lupa pahatkan ia salah satu kenangan terindah buat ummi, ayah dan anak2 ummi...try uploading all the piccas in FB unfortunately lembab gilos...so, menantikan kesemuanya terupload di FB..maka amik chance untuk post entry kat sini.


16/7/2011-Pukul 8.00 kami berdezup ke padang P9G1 untuk sukan tahunan mereka.. sampai2 abang buat hal tak nak masuk khemah pasukan hijau dia tu..menangis2 keliling kaki...tension ummi memujuk..tu belum sorang demi sorang teacher nye memujuk..semua tak layan hokay....tapi adik ya memang good boy...terus masuk sendiri ke khemah rumah merah...baik..lega hati ummi..sampai time game si comel merangkak..adik rileks je...dan dapat no 2...abang time anak rusa nani, sibuk pegang seluar ummi tak moh main..tension lagik...kalau abg masuk confirm dapat hadiah best sebab rumah hjau dapat no 1 untuk pertandingan anak rusa nani....adik sorang dapat hadiah pun kira ok la...berbaloi2 la bangun pagi...lepas tu mereka berdua tido nyenyak kepenatan mungkin...sebab sebelum balik singgah jap kat taman dekat PICC tu....puas main playground baru balik rumah..otw dah hanyut!!!!


jom layan piccas....



ni budak yang tetiba buat perangai tak nak join sukaneka...tension ummi tengok..asyik melekat je kemana mana....terkejut sebab ramai orang mungkin!



nak upload gambo adik, lembab sangat..nie mesti sebab dah extra limit 3Gb ni..budak2 nie asyik tgk youtube.....


nanti dah ok sikit BB nie baru upload la....

Friday, July 8, 2011

Tips Penyusuan untuk Edda dan Nadia

Alhamdulillah hari ini dah kurang tak sihat. semalam awal2 balik dan terus makan panadol, nasib baik budak2 nie tak buat perangai amcam2, dapatlah tido awal dan bangun awal pagi ni. berdezup pergi kerja dan terus teringat ada berhutang entry ini.

Edda, baby kamu masih terlalu kecil untuk menerima susu asing selain susu ibunya. Dia berhak untuk mendapat susu yang terbaik di dalam dunia iaitu susu kamu. Kita kena berusaha untuk pastikan dia dapat yg terbaik. Caranya:- Pertama kamu mesti kena kuat dan tabah, tetapkan pendirian yang Adra mesti dapat susu kamu sahaja. Untuk sekarang ini, teruskan penyusuan terus seperti biasa, Adalah normal jika pam selepas menyusu dapat sekitar 2-3 oz. Dulu, ummi pam hanya angin yg keluar pun ada. Kira kamu lebih bagus lebih baik dari ummi. Antara silap kita, suka membanding-bandingkan hasil pengepaman kita dengan orang lain. Allah itu sangat Adil dan Memahami. Dia menjadikan susu setiap ibu memang cukup untuk anaknya. Susu seseorang ibu itu amat bergantung kepada demand anaknya. Di sini la berlakunya konsep demand n supply. Ibu yang dapat menghasilkan susu yg banyak melalui kaedah pengepaman telah memperolehi permintaan yang tinggi dari bayinya. Bila permintaan tinggi, maka stimulation lebih kerap berlaku. Stimulation ini disebabkan penyusuan terus atau dengan cara expression susu melalui kaedah pam atau manual-tangan. Bila kita kerap melakukan stimulation, automatik otak kita menerima signal bahawa lebih banyak susu perlu dihasilkan. itulah konsepnya yg kita perlu percaya. dan ia memang berhasil.

Kita memang cepat membuat presumption dengan mengatakan kita kurang susu bila tengok pada hasil pengepaman kita. sebenarnya kita telah silap. Apa yang perlu dilihat ialah, adakah bayi kerap menyusu, bagaimana dengan diapers nya, adakah cukup buang air besar dan buang air kecil, kenaikan berat badan ok atau tidak. itulah kayu pengukur yang anak kita cukup susu atau tidak. dari situ kita tahu, susu kita sebenarnya memang cukup dan memadai dengan permintaan si bayi.

Apa yang ummi cadangkan ialah, untuk mulakan penyimpanan stok ebm, mulakan dengan buat secara tandem pumping. ia begini, semasa menyusu, sebelah lagi cuba pam. memang akan dapat banyak sebab penyusuan terus itu membantu mendapatkan let down, automatik susu akan keluar dengan lebih banyak untuk sebelah breast yang kita pam. Tips lain, setiap kali lepas menyusu pam sebelah breast lagi untuk stock up ebm yg ada. cuba bangun pagi dan mengepam, ambil masa selang sementara tak menyusu Adra. Kalau mengepam awal pagi, ia membantu meningkatkan pengeluaran susu dan susu yang kita dapat pada awal pagi lemaknya lagi tinggi dan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan anak kita.

Ok, setakat ini dulu, yg boleh disampaikan. Kalau ada lagi info yang diperlukan jgn malu2 bertanya dan boleh di explain di sini. Lebih prefer menulis di sini supaya orang lain juga dapat memanafaatkannya.:)

Jgn stress2....happy breastfeeding!

4 pasang baju kurung budak dan sepasang baju kurung dewasa

wah, sungguh tak disangka cempedak jadi nangka, sebabnya ummi berjaya menjahit dan menyiapkan setakat ini lima pasang kesemuanya. ada sepasang yang otw. sekarang sudah mula berlatih menjahit baju bukan cotton. awal2 dulu untuk proses belajar, mula dengan kain cotton la kan...hehehhe..seronok sebenarnya menjahit sebabnya boleh release tension bila kita tengok hasil jahitan kita. banyak lagi yang perlu diperkemaskan.. biasala orang yang belum pernah menjahit tetiba menjadikan menjahit salah satu hobi masa lapang...at one part ia juga mengajar otak kita untuk berfikir dan explore bagaimana nak mencantumkan 1 bahagian kain yg telah dipotong untuk dijadikan ianya satu pakaian/baju yg boleh dipakai...menarik kan? ummi nasihatkan try lah menjahit...memang best tau...

alhamdulillah lepas nie, dah tak menempah lah jawabnya..dan yg paling penting almari baju macam kena tambah lagi la sebab asyik beli kain dan jahit..hehhehe....kalau ada kenduri, tak dah risau nak pakai baju baru..jahit sendiri je ..suka3x.....

walau tak berapa sihat ni, mood kembali ok bila ummi tengok hasil jahitan ummi tu....