Nuffnang Ads

Friday, May 27, 2011

Sekalung Tahniah Kerana Berjaya Mengatasi Cabaran Untuk Menyusukan!!!!

Entry ini ditulis khas untuk kak tie untuk entry nya bertajuk alkisah breastfeeding yang telah menyentuh perasaan ummi. jelas sekali kak tie telah mencuba sedaya upaya untuk menjayakan penyusuan kak tie kali ini. tapi ingin ummi betulkan pernyataan GAGAL itu, kak tie tak gagal...tiada istilah gagal dalam menjayakan misi penyusuan ini, ini adalah sebuah perjalanan..di mana tiada gagal dan berjaya...apa yg penting, kak tie telah berjaya mematahkan halangan2 dan cabaran yang datang dari semua segi. itulah kejayaan kak tie sebenarnya. Ketahuilah kak tie, kak tie bukan hanya perlu berbangga dengan ibu di luar sana yang menyusukan anak secara eksklusif tetapi kak tie sepatutnya berbangga dengan diri sendiri kerana telah berjaya dalam cubaan untuk menyusukan anak sendiri walaupun pernah melalui saat getir sewaktu menyusukan anak2 yang terdahulu. betul kata orang, pengalaman mengajar kita..ummi juga bersyukur dengan pengalaman menyusukan zhafran yang hanya untuk beberapa bulan benar2 memberi impak yang mendalam untuk ummi lebih gigih, disiplin dan tekad untuk menyusukan afnan selama mana yang boleh.


Tidak perlu untuk meletakkan sasaran yang terlalu besar, biarlah bermula sedikit demi sedikit supaya perjalanan penyusuan kita tidak diganggu dengan sebarang tekanan. Bila tekanan tiada, maka ia berjalan dengan tanpa paksaan dan kita lebih menghargainya. Hargai setiap detik kita menyusukan anak yang kita kandung selama 9 bulan,anak yang kita lahirkan dan anak yang kita nantikan selama ini. Ya, memang banyak cabaran untuk penyusuan ini. Ia adalah sesuatu yang normal, bila bayi yang baru lahir demand nya tinggi sehingga boleh menimbulkan salah faham orang disekitar kita bahawa bayi kita lapar dan tidak cukup susu. Sebenarnya, bayi ini perlukan masa untuk adapt sekeliling yang terlalu asing buatnya. Percayalah, dampingan bayi dengan kita dari sehari ke sehari akan berubah mengikut kepada pertambahan usia. Kadangkala, bukan menyusu yang mereka mahukan, tetapi lebih kepada keselesaan bila berada dekat dengan ibunya. Nikmatilah saat-saat indah bermanja dengan mereka sekrang ini, kerana bila mereka sudah tidak lagi spt sekarang, pasti kita akan rasa satu kepincangan dan kehilangan. Ummi hampir2 merasainya sekarang, bila afnan sudah mula tunjuk tanda2 mahu wean off totally dari ummi. Ianya jadi sesuatu yang sukar untuk diterima, apatahlagi bila si ummi nya yang belum bersedia untuk berpisah...


Apa ukuran kita sebenarnya bila kita merasakan bayi tidak cukup susu?..kerana dia kerap minta disusukan? atau kerap menangis? atau kerap menyusu lama seperti tidak kenyang2?...Ini bukanlah tanda2 menunjukkan susu tidak cukup. Tetapi kerap lihat outputnya. contohnya, sama ada beratnya naik ok, bagaimana dengan pembuangan najis dan air kencing sekiranya kita dapati diapers sering kering mungkin intake nya perlu ditambah, tetapi bukan di tambah dengan susu formula, tetapi dengan kekerapan breastfeeding. Apa yang perlu diingat, supply amat bergantung kepada demand. Bila kita mula selang kan penyusuan dengan susu formula, ia akan menurunkan peratusan demand secara automatik ia akan hantar signal ke otak untuk tidak menghasilkan susu dengan lebih banyak. Prinsip pengosongan payu dara tidak kira dari penyusuan terus atau pengepaman amat penting. Jangan sesekali tunggu payudara penuh baru mulakan pengepaman, ini kerana apabila payudara kita penuh dengan susu, jika tidak dikeluarkan susu baru tidak dapat dihasilkan dan kesan jangka panjang yang paling ditakuti bila production susu akan menurun. ini telah terbukti dengan kajian2 yang telah dijalankan ke atas ibu2.


Kak tie boleh mulakan pengepaman sekarang untuk mengumpul stok utk bekalan selepas kembali bekerja. Ummi dulu pun sudah lambat lagi 2 minggu naik kerja baru kelam kabut mengepam...alhamdulillah masih mampu bertahan. Ummi cerita pengalaman ummi bukan untuk memaksa kak tie untuk ikut seperti saya tetapi mahu memberi sedikit sinar dan harapan kepada kak tie supaya tidak mudah menyerah kalah, perjalanan penyusuan kak tie baru sahaja bermula. Simpan tekad, insya-Allah pasti boleh. Jalan terakhir setelah berusaha, sentiasa berdoa agar dipermudahkan perjalanan penyusuan ini sehingga akhirnya.


Ummi berbangga mempunyai kawan2 yang mempunyai minat, niat dan menyokong penyusuan susu ibu ini. dan ummi tidak pernah berhenti untuk memberi sokongan kepada ibu-ibu di luar sana..Kerana mereka semua tidak boleh bersendiri, mereka perlukan sokongan...Kak tie, ummi dulu pun tidak pernah diberi sebarang sokongan walaupun dari suami sendiri, tetapi ummi tetap dengan niat dan semangat..alhamdulillah, menukarkan persepsi suami terhadap breastfeeding. Ummi bersyukur...


Ummi berbangga dengan Kak tie...teruskan perjalanan penyusuan ini sehingga setakat mana yang mampu...tiada istilah gagal,....USAHA + SEMANGAT + DOA = PASTI BOLEH!

No comments:

Post a Comment