Nuffnang Ads

Monday, May 30, 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar...

Disclaimer: Catatan ini tidak mempunyai niat riak atau bangga diri. tetapi ianya dicatat sebagai kenangan ummi untuk anak2 ummi. Semoga mereka bangga mempunyai seorang ibu seperti ummi....


Alkisah rentetan entry sebelum ini, ummi sampai awal ke ofis ada sebab. Alhamdulillah dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana dilimpahi rahmat dan nikmat apabila ummi telah dipilih menjadi seorang daripada 69 orang pekhidmat cemerlang tahun 2010 yang akan berlangsung esok. Alhamdulillah sekali lagi:) Tak sangka nikmat untuk dinikmati tahun ini. Kerana untuk kerjaya ummi tidak pernah meletakkan apa2 sasaran, tetapi bekerja seikhlas hati seboleh mungkin. Abaikan entry lalu yg pernah mengusik jiwa kecil ini. Ummi rasa sungguh kesal menulis entry sebegitu. Tidak akan ada lagi entry sebegitu, i promise!.


Hari ini adalah raptai penuh kerana biasalah bila anugerah dibuat untuk semua agensi di bawah KWPKB iaitu DBKL, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan. Ramai sangat penerima anugerah, maka untuk setiap tahun memang diwajibkan raptai ini untuk memastikan segalanya berjalan lancar tanpa ada cacat cela. maklumlah Menteri Wilayah Persekutuan, Y.Bhg. Dato Raja Nong Chik sendiri yang akan menyampaikan anugerah kepada kami penerima2 anugerah. Sebab tula ummi terpaksa sampai ke ofis seawal pagi kerana bas akan bertolak pukul 6pagi. Ummi pukul 4.30 sudah bangun bersiap, dan kerana ayah kerja malam, nenek dan atok mengambil alih tugas ummi untuk jaga mereka berdua sementara ayah belum pulang. nak dihantar ke sekolah pagi2 , sekolah pun belum buka lagi. tepat pukul 5.20 pagi ummi sampai di ofis, dan rehat2 sekejap dalam keta dan naik ke ofis untuk solat subuh.


Esok, ummi akan menerima anugerah perkhidmatan cemerlang setelah berkhidmat cukup 5 tahun di Perbadanan Putrajaya. Satu kenangan terindah untuk ummi dan untuk tatapan anak2 ummi. Ummi belum sempat berjumpa dengan bos-bos ummi di ofis untuk ucapkan terima kasih atas kepercayaan mereka kepada ummi. Semoga Allah permurahkan rezeki mereka berdua dan seluruh kawan2 lain di luar sana. Bukan hadiah wang tunai itu yang menjadi buruan tetapi lebih kepada penghargaan mereka terhadap usaha ummi selama ini. Terima Kasih.....


Tahniah juga kepada warga pekhidmat Perbadanan Putrajaya yang 68 orang lain...hari ini kena tido awal dan siap2kan baju, name tag, kasut, dan barang2 make up..sebab esok pagi2 rutin hari ini akan berulang untuk kali ke dua..tetapi ini bukan cobaan ..ini betul2 punya....

First Time Ever....

Wah..wah....tahu tak sekarang ni ummi sekarang berada di ofis..ummi sampai kat ofis pukul 5.20 pagi..ya ampun....awal giler...bertolak dari rumah pukul 5.00 pagi...kuikuikkk..memang menakutkan drive sorang diri lalu jalan gelap2 awal2 pagi....rasa tak jejak tanah je bawak keta...sampai sempadan Putrajaya terus tarik nafas lega sebab dah rasa selamat...betul la kata orang Putrajaya Bandar Selamat....hehehe...

Nak tahu kenapa ummi awal sangat ke ofis..nanti ummi citer lain entry..till then...wish u all a good monday!!

Friday, May 27, 2011

Sekalung Tahniah Kerana Berjaya Mengatasi Cabaran Untuk Menyusukan!!!!

Entry ini ditulis khas untuk kak tie untuk entry nya bertajuk alkisah breastfeeding yang telah menyentuh perasaan ummi. jelas sekali kak tie telah mencuba sedaya upaya untuk menjayakan penyusuan kak tie kali ini. tapi ingin ummi betulkan pernyataan GAGAL itu, kak tie tak gagal...tiada istilah gagal dalam menjayakan misi penyusuan ini, ini adalah sebuah perjalanan..di mana tiada gagal dan berjaya...apa yg penting, kak tie telah berjaya mematahkan halangan2 dan cabaran yang datang dari semua segi. itulah kejayaan kak tie sebenarnya. Ketahuilah kak tie, kak tie bukan hanya perlu berbangga dengan ibu di luar sana yang menyusukan anak secara eksklusif tetapi kak tie sepatutnya berbangga dengan diri sendiri kerana telah berjaya dalam cubaan untuk menyusukan anak sendiri walaupun pernah melalui saat getir sewaktu menyusukan anak2 yang terdahulu. betul kata orang, pengalaman mengajar kita..ummi juga bersyukur dengan pengalaman menyusukan zhafran yang hanya untuk beberapa bulan benar2 memberi impak yang mendalam untuk ummi lebih gigih, disiplin dan tekad untuk menyusukan afnan selama mana yang boleh.


Tidak perlu untuk meletakkan sasaran yang terlalu besar, biarlah bermula sedikit demi sedikit supaya perjalanan penyusuan kita tidak diganggu dengan sebarang tekanan. Bila tekanan tiada, maka ia berjalan dengan tanpa paksaan dan kita lebih menghargainya. Hargai setiap detik kita menyusukan anak yang kita kandung selama 9 bulan,anak yang kita lahirkan dan anak yang kita nantikan selama ini. Ya, memang banyak cabaran untuk penyusuan ini. Ia adalah sesuatu yang normal, bila bayi yang baru lahir demand nya tinggi sehingga boleh menimbulkan salah faham orang disekitar kita bahawa bayi kita lapar dan tidak cukup susu. Sebenarnya, bayi ini perlukan masa untuk adapt sekeliling yang terlalu asing buatnya. Percayalah, dampingan bayi dengan kita dari sehari ke sehari akan berubah mengikut kepada pertambahan usia. Kadangkala, bukan menyusu yang mereka mahukan, tetapi lebih kepada keselesaan bila berada dekat dengan ibunya. Nikmatilah saat-saat indah bermanja dengan mereka sekrang ini, kerana bila mereka sudah tidak lagi spt sekarang, pasti kita akan rasa satu kepincangan dan kehilangan. Ummi hampir2 merasainya sekarang, bila afnan sudah mula tunjuk tanda2 mahu wean off totally dari ummi. Ianya jadi sesuatu yang sukar untuk diterima, apatahlagi bila si ummi nya yang belum bersedia untuk berpisah...


Apa ukuran kita sebenarnya bila kita merasakan bayi tidak cukup susu?..kerana dia kerap minta disusukan? atau kerap menangis? atau kerap menyusu lama seperti tidak kenyang2?...Ini bukanlah tanda2 menunjukkan susu tidak cukup. Tetapi kerap lihat outputnya. contohnya, sama ada beratnya naik ok, bagaimana dengan pembuangan najis dan air kencing sekiranya kita dapati diapers sering kering mungkin intake nya perlu ditambah, tetapi bukan di tambah dengan susu formula, tetapi dengan kekerapan breastfeeding. Apa yang perlu diingat, supply amat bergantung kepada demand. Bila kita mula selang kan penyusuan dengan susu formula, ia akan menurunkan peratusan demand secara automatik ia akan hantar signal ke otak untuk tidak menghasilkan susu dengan lebih banyak. Prinsip pengosongan payu dara tidak kira dari penyusuan terus atau pengepaman amat penting. Jangan sesekali tunggu payudara penuh baru mulakan pengepaman, ini kerana apabila payudara kita penuh dengan susu, jika tidak dikeluarkan susu baru tidak dapat dihasilkan dan kesan jangka panjang yang paling ditakuti bila production susu akan menurun. ini telah terbukti dengan kajian2 yang telah dijalankan ke atas ibu2.


Kak tie boleh mulakan pengepaman sekarang untuk mengumpul stok utk bekalan selepas kembali bekerja. Ummi dulu pun sudah lambat lagi 2 minggu naik kerja baru kelam kabut mengepam...alhamdulillah masih mampu bertahan. Ummi cerita pengalaman ummi bukan untuk memaksa kak tie untuk ikut seperti saya tetapi mahu memberi sedikit sinar dan harapan kepada kak tie supaya tidak mudah menyerah kalah, perjalanan penyusuan kak tie baru sahaja bermula. Simpan tekad, insya-Allah pasti boleh. Jalan terakhir setelah berusaha, sentiasa berdoa agar dipermudahkan perjalanan penyusuan ini sehingga akhirnya.


Ummi berbangga mempunyai kawan2 yang mempunyai minat, niat dan menyokong penyusuan susu ibu ini. dan ummi tidak pernah berhenti untuk memberi sokongan kepada ibu-ibu di luar sana..Kerana mereka semua tidak boleh bersendiri, mereka perlukan sokongan...Kak tie, ummi dulu pun tidak pernah diberi sebarang sokongan walaupun dari suami sendiri, tetapi ummi tetap dengan niat dan semangat..alhamdulillah, menukarkan persepsi suami terhadap breastfeeding. Ummi bersyukur...


Ummi berbangga dengan Kak tie...teruskan perjalanan penyusuan ini sehingga setakat mana yang mampu...tiada istilah gagal,....USAHA + SEMANGAT + DOA = PASTI BOLEH!

Booth MBfPC di Hari Belia 2011, Putrajaya

wah. wah.....tak sangka ye MBfPC pun bukak booth kan..insya-Allah esok petang ummi akan menyumbangkan tenaga untuk menjaga booth. kesian pulak sebab macam tak cukup kakitangan. booth kami akan dibuka di Tingkat 1, Masjid Sultan Mizan, Presint 3, Putrajaya. tension betul, sebab esok dah mula tutup jalan tak boleh nak parking kereta dekat dengan bangunan masjid tu. sebenarnya masjid tu belakang je pejabat ummi, plan nak park kat ofis..dan jalan kaki guna kiblat walk tu. tapi punah harapan, sebab jalan ditutup. dahla kiri kanan penuh dengan khemah..tu belum tengok tapak perkhemahan lagi...heheh..first time rasa macam ada kat Mekah...

untuk makluman semua, booth kami dibuka bermula hari ini sehingga Ahad. booth kami menyediakan perkhidmatan bantuan kaunseling berhubung penyusuan, so, kalau berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan dapatkan perkhidmatan secara percuma, berkunjunglah ke booth kami boleh berjumpa dengan ummi secara face to face tapi untuk sessi petang pukul 1 ptg hingga 6 ptg sahaja. hehehe...
Jom, kita meriahkan suasana Hari Belia 2011..

marilah ramaikan booth MBfPC...sama-sama kita menyokong penyusuan
susu ibu...



Terima Kasih..

Assalammualaikum,
Sebenarnya mood ummi hilang untuk menulis di blog ini. kenapa ye?..sebab banyak benda berlaku dalam tempoh terdekat ini. Jenuh berfikir, kenapa dan kenapa? tapi tiada jawapan. lebih baik tak tahu daripada tahu. Anggap sahaja ini adalah satu ujian dan cabaran dari Allah... mungkin juga sebuah ingatan. Terima kasih atas ingatan ini. Mungkin kerana bukan ingatan ini, ummi masih seperti dahulu, berfikiran terbuka, tanpa was2 dan sangsi kepada sesiapa. Ingatan ini mengajar ummi untuk lebih berhati-hati dan tidak boleh meletakkan sepenuh kepercayaan kepada orang lain walaupun dengan rakan baik yang kita jumpa setiap hari makan bersama, luah perasaan bersama, sama-sama menangisi bila dimarah dan dileteri bos. Mungkin ummi silap sebelum ini. Terima kasih ini juga khas untuk "rakan baik" itu di mana juga anda berada, dan siapa juga anda atas segala perbuatan yang anda sendiri telah buat. Terima kasih sekali lagi. Semoga Allah akan balas dengan balasan yang paling setimpal. Terima kasih juga kepada baki2 rakan sejati ummi yang telah ummi invite dan ummi kategorikan sebagai kawan yang IKHLAS untuk membaca dan meninggalkan komen di dalam blog ummi. Tak kurang juga yang dahulunya silent reader tetapi setia membaca tulisan ummi. silent reader yang cukup ikhlas membaca walaupun tinggalkan jejaknya. Anda tahu anda siapa...ummi tetap berterima kasih kepada anda. Terima kasih kerana masih sudi membaca. Ummi minta maaf sekiranya selama ini segala tulisan ummi ada yang pernah mengusik perasaan. Kadang2 kita bertindak di luar batasan yang tidak boleh dikawal. Terima kasih juga kepada en suami yang sentiasa memberi sokongan walaupun dia jarang2 sekali membaca dan meninggalkan komen. Dia setia menegur kesilapan ummi dan menasihati ummi untuk lebih beretika bila menyuarakan pendapat dan luahan hati. takut2 ada yang tersentuh, betul juga tu. Cuma kadangkala, dengan tindakan ummi memprivatekan blog ini membataskan ummi untuk share ilmu tentang penyusuan dengan kawan2 dan semua readers yang baca blog ummi. macam kena buat blog lain pula. sebab blog ini ummi anggap dia terlalu peribadi dan hanya boleh dikongsi dengan kawan2 sejati ummi sahaja. bukan apa, sekarang ini, terlalu ramai makhluk Allah yang dengki, busuk hati tak boleh tengok orang senang dan gembira. walaupun banyak benda bergelora di dalam hati, tapi ummi cuba untuk berlagak tiada apa yang berlaku. Hanya Allah sahaja yang tahu, moga semuanya tiada apa2 yang buruk berlaku, Insya-Allah. Untuk kawan2 sejati ummi, terima kasih sekali lagi kerana sudi baca blog dan tinggalkan komen. Terima kasih kerana tidak menjadi sebahagian daripada golongan busuk hati dan dengki yang ummi sebutkan tadi. Doakan semuanya baik2 sahaja. Nasib baik mood menulis hilang untuk beberapa hari sahaja..kalau berminggu2 dan berbulan2 kan payah nanti...hehheh... Cheer up!..harap2 ada good news dalam masa terdekat ni yang ummi boleh share dgn kawan2 sejati ummi....TERIMA KASIH...THANK YOU....SYUKRAN....


Tuesday, May 24, 2011

Genting Highlands in Memory!

Alhamdulillah ummi dan anak2 selamat pulang dari Genting Highlands. Penat jugak sebab sampai rumah pun dah malam. we enjoyed so much up there. Rupanya best bawak anak2 ke Genting. sebab mereka dah besar, ada ketikanya juga zhafran mengadu penat, tapi adik langsung tak penat ok!. kami pergi naik bus je sebab ayah tak berani drive naik atas tu. so, kami ber 4, naik la bus..alhamdulillah takde problem sgt sebab mereka behaved je dalam bus...siap nyanyi2 lagi. sampai sana memang sejuk dan berkabus giler..ummi rasa sejuk sangat sebab macam nak hujan, siap angin2 lagi. ingatkan mereka ni kena bayar utk main di outdoor theme park, rupanya lepas je sebab belum cecah 90 cm. so sesapa yg ada anak kecik, jom g sekarang sebelum mereka tinggi lebih 90cm.hahahah...sampai sana perut dah lapar giler, baru ingat ummi ada bawak bekal nasi goreng, pukul 6.30 pagi tau menggoreng tau...jgn tak caye. layan makan dulu tapi abang dah tak leh dok diam sebab excited nak main. kali ni best sebab tak ramai orang bukan cuti sekolah kan. rasa macam ala2 foreigner pun ada sebab mana2 nampak pak arab, makcik india, taiwan, china, indon...hehheh...zhafran jadi tarikan pulak untuk mat2 arab kat sana..tak tahu la kenapa..anak ummi ini ada rupa orang arab ke?...yg best sebab dapat main berkali2 dan tak payah beratur..so kami rasa puas bermain..semua permainan family rides kami naik...seronok tak terkata...kadang2 rasa ummi dia yg terlebih sudah..hahah...holiday yg tidak dirancang mcm ni la jadinya...plan nak ke Gambang belum berjaya..insya-Allah dalam masa terdekat nanti..doakan ada kelapangan ye...meh layan gambo, nak citer banyak pun, tengah busy giler nie..tapi tak kira mahu update jugak...


ayah dan adik naik space ship...ayah berat sangat tak naik tinggi..cian adik heheheh



muka kami serupa kan?...seronok bangat abang....



abang sayang ayah!



penat sangat tido sekejap..banyak lagi tak main ni...



abang dan adik susah nak bergambar sesama....



abang sibuk nak naik tut tut....


sejuk2 pun tak nak pakai sweater



susahnya adik nak senyum...comel:)



tinggi kan kami kat atas tu...jeles ayah dan adik kat bawah..hahaha



adik bosan ummi lak yg lelebih...kita minum dulu....
i'm the first!
thanks ayah sebab temankan kami
abang kepenatan...ayah jugak!
we were here in the antique car!
horse!
kami mahu berlepas nie....
sempat posing cantekkk...
the many faces of zhafran
a lot more!
kami bertiga pula dalam skyway...
adik takut naik horse...tapi nyanyi ber iye2 ikut lagu...
sejuknya...

kita main-main juga..tapi solat jgn dilupa..meh abang jadi imam ye ummi...

adik jadi makmum ye

alhamdulillah anak2 sudah boleh solat..dan baca Al fatihah. sekurang2 nya kalau ummi pergi dulu, mereka dah boleh sedeqahkan Alfatihah untuk ummi:)
tapi....solat mana boleh pandang2 jeling2 orang...siap senyum gelak2 pulak...ish ish...

Saturday, May 21, 2011

Cinta Nur Kasih Kami..:)

eh, ini bukan tajuk movie baru ye..hehhe.actually ummi nak review sikit movie ini. kalau ada yang bosan nak tahu, tak payah baca k..ada aku kesah?.suka hati ummi la kan. wokey2, peace no war ye. on 19th may lepas, ummi dan ayah booked ticket Nur Kasih the Movie at TGV Mines. thanks to ayah sebab sudi ajak ummi tengok movie air mata ni. ingatkan at first ummi yang akan ajak...hehhe...he knows me well....dia tahu ummi memang peminat cerita ni. haruslah dia tahu kan, dah nak masuk tahun ke 5 kami kawin kalau tak tahu, nak kena la kan?.

ok, terus pada review movie ni ye,..first babak je, ummi dah mengalir air mata tau..ahaks. primadona air mata sungguh...but...but...heheheh..sshhhhh jgn bagitau sesapa ye, ayah pun nangis tau, sebab dia sedih masa Aidil kehilangan Aliya, isterinya dan apabila Ilyas, anak mereka yang menurut ayah dia terbayang wajah Zhafran...sedih sungguh!..

Babak demi babak berlalu, tiada cacat cela, ummi tertunggu apa nak jadi lepas nie, apa jadi nanti...tak sangka ending dia begitu, garapan yang kemas, tiada loopholes dan tidak tersekat2, memula ummi ingat Adam akan mati masa dia sakit tenat tu, tapi rupanya ada kesinambungan dnegan watak anak murid dia tu, apa ntah namanya si Mamat tu, dia yang dermakan hati pada Adam dan alhamdulillah Adam dapat meneruskan hidupnya sehingga tua bersama Nur Amina. tak sangka endingnya begitu, Adam meninggal sama akhirannya seperti Hj Hassan, ayah Adam dan Aidil, seolah2 tidur.syahdu sungguh. Cuma ummi kurang puas hati kenapa yang jadi Nur Amina tua tu, Bonda Afida Es, bukan AIda Rahim ke, baru le cantik sikit...ye pulak ek, nak gandingkan dengan Rahim Razali...mestilah yang tua sikit...tapi ok apa kan?...hehheh..tang tu je la yang tak best sikit...

air mata??? tak payah citer la, ummi belum sempat lap air mata, dah basah balik,,so biarkan je dia kering sendiri..tapi tak sempat kering dah basah..hahhaha...sampai habis cerita. habis movie barulah ummi kesat tu pun pakai tudung, lupa nak bawak tisu..nasib baik celak dan eye shadow tak sememeh, jenuh gak suruh ayah check sebelum keluar panggung. mana nak nampak kan gelap je dalam tu...apa yang ummi dapat simpulkan, Kabir Bhatia memang best, bijak explore semua watak, pelakon2 semua memainkan watak masing2 dengan jayanya tanpa ada cacat cela..very natural, tak nampak macam lakonan pun. lari dari apa yang typical ada kat movie2 korporat sekarang...

cuma kan, bila ummi dan ayah berpegangan tangan keluar panggung, kami sama2 terharu bila ada satu couple dah tua ye, beruban dah pakcik tu, sebaya ayah mak kita mungkin, keluar panggung bersama-sama...how sweet!...bukan mat salleh ye, melayu kita!!!...terus ummi tanya, nanti kita dah tua, macam tu ke? sambil tunjuk kat couple tu...ayah kata, Mestilah!!!...thanks ayah....I Love You....i am in love you once again.....

Wednesday, May 18, 2011

Bahang Nur Kasih

Bahang kan kan kan??? ke ummi jer seorang yang bahang ni...huhu...tak kisahlah bahang ke tak, yg penting ummi esok akan melayan movie ini bersama insan tercinta. kira dating time la. sorry ye abang dan adik dok belajar kat sekolah ye..lagipun belum sesuai ditonton oleh kanak2 seusia kalian. terlebih sudah excited ummi kan. bukan selalu tau dapat time2 dating begini. nasib baik ayah dapat cuti. actually we gonna have a short holiday from tomorrow until monday. but, unluckily, we have yet plan any holiday trip. esok hari berdua ummi dan ayah, tapi friday ummi masih terfikir2 mana nak pergi untuk bawak anak2 berjalan2. time spend with family adalah the best moment yang ditunggu. yelah hujung minggu dah macam maid kemas sana, kemas sini, cuci sana, cuci sini, mop sana, mop sini-lagi2 bila tengah train mereka ni diapers free banyak kerja gak...sabar je la..kalau ikut ayah tak nak start. tapi untuk penjimatan jangka panjang dan planning menambah ahli keluarga perlu kan semua tuh cheewaaH!!!

sekarang nie ada tak movie yang sesuai ditonton anak2 kecil. the first movie mereka tengok ialah Toy Story 3. ok jugak lah..terutamanya abang yang suka giler..cuma adik nak dekat last dapat nenen tido terus..heheheh..kecik lagi belum pandai appreciate!.

oklah got to go. perlu selesaikan baki2 kerja sebelum bercuti. kalau ummi tak update blog tu, maknanya kami sibuk le tu. meh jom ikut kami!!!



tak tahan lagi!!!!

Tuesday, May 17, 2011

Berhutang Resepi Spagetti untuk Along Azrina

Hai Along..akhirnya hari ini baru dapat nak tulis dan share resepi spagetti ala2 zulie tu.hahah..berselera sungguh tengok anak2 akak makan. memang diorang minat italian kot. ini entry khas untuk Along tau. jom salin resepinya,

Bahan-bahan Kuah Spagetti



1) 1 labu bawang besar di cincang dadu;

2) bawang putih 2 ulas juga dicincang;

3) 1 paket daging cincang dilembutkan terlebih dahulu untuk elak daripada berketul2 bila dimasak;

4) 1 tin sos prego-traditional;

5) 2-3 sudu besar cili boh, kalau nak ada rasa pedas sikit;
6) 3 sudu minyak masak untuk menumis;

7) 1 tin cendawan butang apa2 brand yang Halal juga dicincang;

8) 1 tin krim cendawan.



Bahan Spagetti



1) 1 paket spagetti direbus dalam air yang dicampur dengan 2 sudu margerin/minyak masak.



Cara memasak krim cendawan



Keluarkan semua isi krim cendawan daripada tin nya dan masukkan air sebanyak 1 tin tadi (kandungan yang sama) kemudian masak atas api dan kacau sampai jgn ketul2..biar dia jadi macam sup cendawan..yummy!



Cara-cara memasak Kuah Spagetti:-



Mula-mula masukkan minyak dan tumis bahan2 yang dicincang tadi hingga naik bau dan warna bertukar kuning. Selepas itu, masukkan daging cincang tadi dan biarkan dia masak dan hilang warna merah daging. ia akan keluarkan air sebab kita sudah cuci daging tersebut. bila sudah masak, masukkan cili boh tadi (kalau nak pedas-ikut citarasa la). selps 2 minit, masukkan sos prego pula kedalamnya. dan boleh masuk cendawan butang. gaulkan dan boleh campurkan krim cendawan tadi kedalam kuah spagetti yang sedang dimasak itu. dah siap..tara......tak perlu letak garam pun sebab rasa nya memang original..terbaik dari ladang...dan setelah siap, hidangkan di atas spagetti yang telah direbus dan ditoskan airnya tadi.



Mudah kan? Kalau macam ni, boleh buat tiap2 hari la...dah tak kuar bahasa melayu dah nanti..hhahah..



Untuk kawan-kawan yang lain, Selamat Mencuba. kalau sedap meh hantar sepinggan ke rumah ye...

credit to pic from google..sorry yang homemade punya tak sempat snap gambar dah licin!

Tips untuk Jinakkan Anak...

wah tajuk tak ingat kan??rasa macam tak best je guna perkataan jinakkan ...actually dalam kata lain bermaksud, menjadikan sang anak lebih senang mendengar kata, tidak terlalu aktif sehingga sukar dikawal, dan juga mungkin membantu ibu bapanya sekiranya diperlukan. siapa kata si kecil umur 2-3 tahun tidak boleh diharap..anda silap ye. ummi telah praktikkan dengan anak2 ummi yang baik2 belaka itu. ya, pada mulanya tidaklah semudah yang disangka...namun berkat kesabaran, alhamdulillah berjaya. sekurangnya mereka sudah tahu apa itu sepah, berselerak dan kemas. yup 1 perubahan yang bagus. siap dah boleh ajar adiknya supaya jgn bersepah!. good, kecik2 dah pandai kemas. nanti dah besar dah boleh tolong wife kemas rumah. walaupun kamu berdua lelaki itu bukan lesen untuk membenarkan kamu untuk menjadi seorang yang pengotor ye. ingat tu..lagilah jika perempuan. tak nak la harap muka je ala2 siti nurhaliza tapi rupanya pengotor tahap gaban. ada orang kata kalau nak tengok kepribadian seseorang, datang dan jenguklah tandas dan bilik tidur mereka. ini tidak di lantai toilet penuh baju2 anak yang entah nak di rendam ke apa ntah, buih sabun pun siap ada sana sini alasannya baru lepas mandikan anak, tu belum lagi, toiletries yang bersepah2. sumpah, ummi tak boleh hidup serumah dengan perempuan serupa ini. sorry ye kalau ada yang terasa tapi hakikatnya hidup ini perlukan undang-undang yang menuntut segalanya berada dalam keadaan teratur di tempat yng sepatutnya. itulah ADIL namanya...




membebel tak ingat pula..luahan perasaan je tuh ye..jom ummi share apa yang ummi amalkan untuk anak2 ummi. ummi amalkan surah waqiah ayat ke 89 (sila buka alquran untuk rujuk ye) ummi hafal dan baca diubun anak2 dan niatkan apa yang kita nak. surah alkahfi 5 ayat pertama juga bagus untuk diamalkan...ummi sedang amalkan baca keseluruhan surah waqiah juzuk ke 56 bacakan buat mcm air yasin dan bg anak2 minum. siapa lg yg layak untuk amalkan ini semua dan amalkan..mestila si ibunya kan?




disclaimer: mohon maaf sekiranya entry ini ada berkaitan dgn insan hidup dan mati..maaf dipinta:)

Sunday, May 15, 2011

syok layan Astro BabyTV

syukur sangat ada channel baru ni. untuk hari ni sahaja, ummi dapat kemas rumah, sapu sampah, mop lantai, cuci toilet, jemur baju, dan masak..semua benda ini untuk pertama kalinya dengan gangguan yang cukup minima berbanding dulu. terima kasih tak terhingga untuk astro. sekarang ini pun abang masih layan kartun BabyTV tanpa ganggu ummi nak update blog.. bagus2...sebelum tu nak share 1 benda ni, abang kan dia dah tunjuk 1 perubahan yang cukup baik dan menyenangkan hati ummi. sebab ummi sekarang ni sedang amalkan 1 doa untuk menjinakkan anak2...alhamdulillah ada kesannya walaupun lambat..abang dah mula kurang buat adik, boleh baca buku sama2, boleh lukis sama2...kalau dia ter "buat" adik pun, cepat2 dia kata sorry...so sweet!. tadi ummi marah kan adik sebab main air sampai habis basah luar toilet,..ter babab sikit adik, apa lagi adik kan manja terus melalak macam ummi pukul dia kuat2 je..hehhehe....tau tak apa abang buat?..dia terus dapatkan adik dan pujuk. ini pertama kali terjadi tau depan mata ummi. syukur sangat...tak leh nak digambarkan...

selalu jeles tengok orang lain tak ada masalah dengan anak2 yang mempunyai daya saing seperti anak ummi (ataupun mereka tak nak tunjuk apa yang sebenarnya berlaku), terus terang ummi katakan, anak2 ummi kedua2 nya mempunyai ego yang tinggi, dah namanya pun boy kan...tapi tak nak la melarat smpai jadi satu tabiat la sayang. ego mesti bertempat. tak boleh main taram je kan. ummi selalu memikirkan apa cara terbaik nak leraikan mereka bila mereka ber saing sesama sendiri. ada kalanya bagus juga. cthnya time nak makan ubat, time inilah masa terbaik untuk melihat sapa yang hebat. didik anak ini perlu guna phychology jugak. dulu ummi selalu handle guna perasaan..tapi sekarang fikir dulu apa nak buat baru bertindak. nampak mereka juga beri tindak balas yang baik.

eh, macam dah lari tajuk je kan?..takpe la...ni piccas kanak2 yang leka layan BabyTV




Thursday, May 12, 2011

giliran adik pula..

syafakallah untuk adik...kali ni adik pula kena chicken pox..kuat juga antibody adik sebab dia antara orang terakhir di sekolah yang kena. takpelah adik, bagus juga kena kecil2 ni, sebab dr kata kalau kena time kecil, kulit pun senang heal dan tak tinggal bekas. macam ummi dulu kena time sekolah darjah tiga..dah la kena ponteng sekolah kan...dulu takde mc2 nie..la ni senang2 je budak2 nak mc..macam dah kerja..nasib baik tak ada EL..hahhaha...dah kena ni insya-Allah tak kena lagi..tak payah la diorang mc sebab chicken pox. tapi adik macam tak berapa banyak..boleh kira..masa abang dulu rata2 kat muka badan dan kaki semua ada..lagi2 kat celah pelipat semua..tapi tak tunjuk rasa gatal...adik ni dia ngaduh kata sakit..gatal agaknya...tapi sapu2 pakai tangan dia senyap la..so, untuk 2 hari ini ayah take turn untuk jaga..so sabtu ayah dan ummi cuti boleh jaga dia bersama. ahad, ummi pulak take turn. isnin macam plan nak amik cuti..tengok macam mana. selasa public holiday...harap2 bay rabu dah ok..boleh kembali ke sekolah..kalau boleh tak nak susahkan mak datang sini jaga adik. diorang banyak sangat aktiviti masjid..orang kuat la katakan...

doakan adik cepat baik ye...



ada nampak tak merah2 kat muka...tak banyak sangat..aktif macam orang sihat je pun!

abang dah siap mandi ke sekolah

Tuesday, May 10, 2011

tersentuh walau hanya....

semalam masa ummi ambil mereka balik sekolah, diorang dah stand by bagi kad Hari Ibu...afnan yang bagi dulu..dok tunggu ummi kat depan pintu..dia kata "nah Ummi, amik ni"...it was such a great moment i ever had. rupanya salah tekaan ummi bila fikir afnan belum faham lagi apa itu Hari Ibu...tulus sahaja muka afnan bila bagi kad kat ummi....ummi cukup tersentuh...

zhafran pun ada buat kad kat ummi...tersentuh lagi!...anak2 ummi semua sayang kat ummi. siap nyanyi lagu kat dalam kereta lagi masa dalam perjalanan balik rumah...

ummi benar2 tersentuh walau hanya kerana sekeping kad....


ini kad zhafran buat untuk ummi


ini pulak kad afnan, comel kan?

Monday, May 9, 2011

first time in his life....

semalam dalam sejarah bila abang kena nebulizer sebab batuk yang tak baik2. dah 2 kali makan ubat tapi tak baik2 ..yang menakutkan bila dia start muntah kahak. risau betul..time dia tengah aktif memang tak der bunyi batuk. tapi bila dah malam time tido, Ya Allah batuknya mengalahkan orang tua..teruk sangat! so, semalam selepas ubat semua dah habis, ummi sekali lagi pergi klinik, dan dr kata memang kahaknya banyak dan perlukan nebulizer.



tengok...time kena neb pun boleh sibuk main dinosour

Selamat Hari Ibu

Tahun 2011 adalah tahun ke 4 ummi bergelar seorang ibu. syukur kepada Allah kerana beri peluang untuk melahirkan zuriat sendiri. pernah juga terfikir satu ketika dulu, ummi tidak dikurniakan zuriat sendiri. tekanan pada mulanya bila ada di kalangan keluarga yang masih belum dikurniakan rezeki dari zuriat sendiri. pernah juga terfikir dulu, akan mengambil anak angkat bagi memenuhi setiap ruang hidup ummi dan ayah. tapi alhamdulillah, dengan izin Allah rezeki datang berganda2 seorang satu. sesuatu yang ummi tidak pernah terfikir dan terencana. Walaupun pada mulanya ummi seolah2 tidak dapat menerima satu nyawa lain yang menumpang di dalam rahim ummi. sungguh jahil ketika itu. perasaan ini mungkin terdorong oleh rasa bersalah dengan zhafran kerana ketika itu zhafran baru sahaja 5 bulan terlalu kecil untuk menjadi seorang abang.

duhai anak ummi afnan, maafkan ummi kerana ummi pernah merasa perasaan itu satu ketika dulu waktu afnan masih baru bertamu dalam rahim ummi. Allah sebaik2 perancang untuk hamba-Nya. afnan lahir ke dunia dengan mudah dan membesar dengan susu ummi yang ummi tak pernah terfikir boleh sampai mencecah 2 tahun. Berkat doa ummi sepanjang mengandungkan afnan untuk dipermudahkan perjalanan penyusuan setelah ummi lalui kepayahan semasa menyusukan zhafran dahulu. Ummi amat-amat berterima kasih kepada afnan kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang perjalanan penyusuan ini. Alhamdulillah afnan masih belum boleh dipisahkan susu lagi. biarlah sampai bila dia mahu, ummi akan teruskan penyusuan. bab perancangan anak, mungkin tahun depan kalau Allah perkenan niat kami. Tapi kalau Allah merencanakan hanya zhafran dan afnan zuriat ummi, ummi tetap bersyukur.

sejak ummi bergelar ibu ini, hati memang senang tersentuh. kadang2 sebab perangai anak pun ummi boleh menangis, tak tahu kenapa. air mata ini juga sering jatuh bila melihat raut wajah mereka berdua ketika tidur, lagi2 bila di siang hari ummi tak habis2 menjerit..."abang, jgn kacau adik", "adik, jgn main air nanti jatuh!", "abang, adik jangan berebut main sama2"....walaupun suara ummi terjerit2 ala2 linda jasmine tapi jauh di sudut hati ummi, bukan ummi tak sayang, bukan ummi berniat nak marah, bukan ummi suka2 nak jerit, tapi ummi nak semua yang terbaik untuk anak2 ummi. contohnya, kalau abang kacau adik, adik akan nangis, nanti ummi susah nak kemas rumah, basuh pinggan, mop lantai, basih toilet, lipat baju, masak, sapu sampah, dan sidai baju. kalau ummi tak boleh buat semua benda ni, rumah kita akan jadi huru hara, mungkin ada kalanya ummi kena balance kan perhatian dan tanggungjawab. perhatian kepada mereka berdua, dan tanggungjawab yang ditanggung dan dijalankan seorang diri. jarang ummi dapat berehat2 bersenang2 di hujung minggu. memang jarang sangat2. kerana ummi peruntukkan masa hujung minggu untuk membuat segala kerja rumah yang ummi tak sempat buat sepanjang lima hari bekerja. kadang2 terkeluar juga dari mulut ummi penat la ayah, penat bukan sebarangan ye, tapi penat sampai tak boleh nak lelap mata pada malam hari. ya, ummi seorang yang mementingkan kesempurnaan. kerana sifat itulah, mungkin yang mendorong ummi lebih suka membuat segala kerja sendiri. susah untuk harapkan orang yang sehidup semati dengan kita. sekiranya si dia tidak dapat menepati piawaian yang ummi harapkan, ummi juga yang kecewa. jadi dari sakit hati dan sessi ungkit mengungkit bermula episodnya, maka lebih balik uruskan semuanya sendiri. bila rumah bersih, kemas, cantik, wangi...barulah ummi puas hati. dari tingkat atas, tingkat bawah, 3 toilet, 4 bilik nak dikemas, uish memang banyak kerja non-stop.

bila melihat anak2 membesar, mesti teringat mak ummi yang dah banyak menabur jasa, melahirkan, membesarkan dan mendidik ummi sehingga ummi jadi seperti sekarang. terima kasih tidak terhingga. tak terbalas jasa mak. bersyukur kerana masih berpeluang mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak. hargailah mereka sementara mereka masih hidup. beribu sesalan kalau kita baru tersedar kehadiran mereka setelah mereka pergi meninggalkan kita. jasa mak juga bukan sekadar terhadap ummi tetapi untuk cucu2 nya. Beliau jugalah yang menjaga ummi ketika pantang zhafran, jaga zhafran selepas pulang ke tanah air dari Mekah menunaikan haji, menjaga mereka ketika ummi berkursus dan ketika mereka sakit cepat sahaja terus datang ke sini melihat cucu2 mereka, sanggup bersusah payah masak lauk sedap2 untuk ummi dan anak2..terima kasih sekali lagi. walaupun Hari Ibu ini bukanlah hanya perlu diraikan sehari dalam setahun, tapi kita sebagai seorang anak kepada seorang ibu, seorang ibu kepada anak2, perlu merasakan hari2 sepanjang tahun ini merupakan Hari Ibu yang perlu dilalui dengan suka tawa, gembira dan riang.

Buat anak2, ummi memohon maaf sekiranya ada yang terkurang semasa membesarkan kalian, ummi dan ayah hanya nak yang terbaik untuk kamu berdua. kala usia kamu sekarang ini, mungkin kamu masih belum menghargai pengorbanan ummi, tapi mungkin satu hari nanti.

Buat Bonda Hajah Mariam, jangan berhenti doakan kebahagiaan anak perempuan mu yang seorang ini dunia dan akhirat. tanpa doa dan restu seorang ibu, walau melangit ummi pergi, keberkatan pasti tidak mengiringi. Selamat Hari Ibu, mak! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki....
Bonda Mariam...jasamu kukenang sepanjang hayat..

kamu berdua baik2 ye berdua..jangan gaduh2..kan bagus kalau selalu begini..

Thursday, May 5, 2011

berkira2....

tahu tak apa yang sekrang ummi berkira2 memikir2 nak buat..rasa dah lama tapi tak buat sampai sekarang...ummi nak PRIVATEkan blog ummi yang tak seberapa follower nya ni, dan dipenuhi entry merapu, lagi2 kalau tiba datang mood malas dan tiada masa-jadi sarang labah2 tak ber hapdet. ummi punya alasan tersendiri kenapa nak private blog..rasa nak buat survey lak pada semua reader2 blog ini, tak kisahla dia kawan ke musuh ke, keparat ke, orang biasa ke, musuh dalam selimut ke, kawan-makan-kawan ke, kawan talam dua muka ke, silent reader ke, sedara/ipar duai yang nak menyibuk tahu pasal orang ke ...tak kisah la siapa anda, selama ini ummi izinkan anda semua membaca blog ummi yang tak glamer ni, tapi boleh tak ummi nak tahu sapa yang sokong ummi untuk private kan blog ni?....sebab ummi menulis di blog ini, hanya untuk tatapan anak2 bila mereka sudah besar dan pandai membaca, kalau itu niat asalnya ummi tidak kisah sama sekali blog ini tidak dikunjungi atau mempunya readers yang banyak. asalkan apa yang berlaku sepanjang membesarkan anak2 ummi dapat dicatat dengan kemas sebagai bukti kasih dan sayang. mana tahu satu hari nanti mereka boleh hargai setiap masa, keringat, kepayahan, suka dan duka ummi dan ayah terhadap mereka...Duhai anak-anak, cepat la besar!

sapa sokong niat ummi ini sila angkat tangan macam usop wilcha..hahahha...

p/s untuk sesiapa yg tak paham apa itu private blog- meh ummi kabo, hanya permitted readers yang diapprove atau di invite oleh empunya blog sahaja dibenarkan untuk membaca. selain daripada kategori tersebut, sila jgn buang masa type add blog ummi...atau dengan kata lain, ummi tak hingin mereka ini baca blog ummi...ada faham????

kenangan silam tapi masih dalam ingatan..


dalam banyak2 gambar masa zhafran kecil, ini antara gambar yang paling ummi sayang..tak tahu kenapa...sangat sayang dengan gambar ini...
ummi dan zhafran

besar kan udang ni??

besar kan??...dah selamat masuk dalam perut ummi. ummi masak sambal udang dan semua kawan2 kat ofis dapat makan...thanks atok lain kali bagilah lagi....:)

Wednesday, May 4, 2011

Koleksi Thomas Zhafran dan Afnan


Salam Rabu semua...pagi2 sudah huru hara sebab uruskan zhafran yang muntah2 dari pukul 4 pagi. dahlah ayah kerja shift malam, dengan afnan yang nak nyusu lagi..alhamdulillah lepas check up kat klinik, Dr kata muntah bukan sebab keracunan makanan atau air. tapi sebab kahak terlalu banyak. Semalam, ayah rajin menyusun koleksi Thomas anak-anak kami. rupanya banyak kalau dah dikumpul2...ini semua hasil belian ayah, ummi, nenek, pak long, dan yang terbaru pak lang yang baru balik dari Jepun..terima kasih ye pak lang:) sayang pak lang!...lain kali boleh bagi lagi...tu belum masuk barang2 lain spt baju, seluar, selimut, beg sekolah dll...
jom kita tengok koleksi mereka...


Monday, May 2, 2011

Qaleesya genap 7 bulan hari ini...

wah, sudah genap 7 bulan Qaleesya hari ini..sekejap je anak ummi seorang ni dan besar kan?..lepas lah rindu ummi kat anak ummi seorang ni. habis digomol2 sebab chubby sungguh...zhafran pun sayang dan suka main ngan Qaleesya..tapi afnan kurang memberi minat dengan adik dia seorang ni. zhafran siap cakap ummi, abang nak adik comel macam ni..rasa sedih pulak bila ummi dan Qaleesya berpisah tadi..insya-Allah, bulan 6 nanti kita jumpa lagi masa family trip ye...jgn tak jadi pula papa dan mama, bila lagi nak bawak Qaleesya jalan2 rumah ummi kan....jom kita layan gambar anak2 ummi ni...


Qaleesya yg gebu...ummi geram rasa nak gigit


abang sayang Qaleesya...


sama tak muka kami??


aktif sepanjang masa kecuali tidur..


comel!


afnan kurang berminat dengan Qaleesya..dia hanya sibuk update blog!


yeay! ummi, saya sudah makan....