Nuffnang Ads

Thursday, December 30, 2010

peminat fanatik THOMAS

hari ini adalah hari ke tiga zhafran ber orientasi..alhamdulillah, zhafran cukup bagus, tidak menangis langsung..cuma hari pertama, dia ber drama sikit tapi lepas nampak ramai kawan2..terus seronok...:) syabas my son!!!!...semalam ummi intai2 dia, dia tengah dalam kelas art...pagi tadi ummi tengok hasil art anak ummi sorang nie tergantung kat sekolah dia...bangga pulak...hahhaha...

ini uniform zhafran..tak sangka anak ummi dah besar panjang kan??.inilah peminat fanatik thomas tu..hidup dan matinya semua THOMAS...tido pun dengan blanket THOMAS ye...jgn tak caye...

first day sekolah, zhafran sibuk tanya mana beg thomas dia...hoohohoo..ingatkan dia lupa...rupanya ingatan dia begitu kuat sekali...sebenarnya ummi nak bagi surprise kat dia dan juga galakan dia nak g playskool dia tu...meh kita tengok model kacak thomas and the tank engine (walaupun dari sudut belakang sahaja)



yang belah atas tu abg dah cop awal2 dia punye...yg bawah tu adik punya ..kata abang..hehheh

atas sebab Malaysia menang bola, dan diumumkan esok cuti, so secara rasminya hari ini adalah hari terakhir afnan duduk rumah auntie noly...mesti afnan rindu ngan auntie noly so much lepas nie...afnan pun akan join abg di playskool minggu depan isnin...hah ini pun satu cabaran lagi...harap2 adik pun ok nanti...jom kita layan gambo diorang ni kat rumah auntie noly...



gambo2 nie terpksa di edit kerana terlalu SEKSI hahha nanti malu lak diorang nie bila dah besar tengok gambo nie......seronok betul diorang ni main air ye...tu eka kat belakang...comel kan?..


p/s....ummi rindu anak2 ummi....











Wednesday, December 29, 2010

No Offer No Reject

hari tuh ada janji nak story mory pasal wean off kan...ok begini citernya, afnan bulan 2 tahun depan yang akan menjelang ni, akan sambut birthday yh ke 2, means dia akan 2 tahun, means jugak menandakan penyusuan ummi sudah mencapai angka 2 tahun juga...alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah memberi rezeki ini, kekuatan, dan semangat ini..kerana tiada 3 benda ini, pasti tempoh penyusuan afnan mungkin sudah terberhenti. dan dalam tempoh 2 tahun ini juga, ummi merancang untuk tidak mempunyai zuriat dalam tempoh itu, satu lagi usaha untuk membenarkan ummi untuk dpt menyusukan afnan menyusu sehingga 2 tahun...kalau tiada usaha melekat jugak kan..hahah ...(belajar dari pengalaman sendiri)

dlam entry lepas ada ummi cerita afnan kurang menyusu di rumah bbster, tapi this week, bbster dia kata dia mula minum banyak seperti dulu2...sekarang nie ummi bekalkan susu fresh-baru-pam-semalam 3 botol, dan 3-4 botol frozen ebm, menurut ujikaji yang telah dijalankan, afnan memang minum dengan lajunya (berselera) tetapi bila minum frozen, agak lambat, tetapi masih habis.plan ummi, since dia nak capat tempoh 2 tahun penyusuan itu, dan cuba cuba menggali ilmu untuk wean off, ummi cuba praktikkan rules NO OFFER NO REJECT.

apa itu??...ia bermaksud, ummi tidak akan sekali2 offer afnan untuk menyusu, tetapi lebih kepada menarik perhatiannya kepada makanan yg menjadi sumber utama dia pada usia begini, daripada dia tumpukan kepada penyusuan yang menjadi pelengkap kepada keperluannya. walau bagaimanapun, sekiranya dia datang kepada ummi, rules NO REJECT pula akan diamalkan di mana ummi tidak menolak untuk menyusukan, setakat ini masih belum nampak kesannya, kerana afnan masih demand tinggi bila nampak ummi.

nak tahu juga bagaimana praktis orang lain pula..thanks ini advance kalau sudi share pengalaman kawan-kawan yang lain...

Thursday, December 23, 2010

setelah 22 bulan yang lalu

update ke dua dalam masa yang berturut2 hahaha....diberitakan kawan baik yang dah sekian lama tak menjengah 22 bulan yang lepas telah kembali semula semalam secara rasminya hahha.....bendera jepun maa....terkejut amat tau..akhirnya selepas 22 bulan. patut la beberapa hari lepas, susu macam tak selalu..boleh kata merudum, ingatkan sebab culas mengepam, atau pun sebab pump susu yang tidak konsisten..rupanya sebab nak PERIOD..hoho...

agak risau tak takut kemeruduman ni berleluasa sehingga habis eddah, tapi alhamdulillah pagi tadi sessi pertama dapat 5oz, semalam 3 oz you....beza kan?...(untuk makluman, ummi dah tak dapat 10 oz sekali pump untuk sessi pagi macam dulu2 masa afnan setahun 6-7 bulan...tapi itupun dah amat bersyukur tau...)yang penting cukup untuk afnan gebu ummi tu. sekarang pun afnan minum 2 botol 30z each...tak banyak kan..stok2 frozen tu ummi nak bawak balik nak bagi qaleesya anak ummi. yang lain mungkin nak donate kat orang lain. sapa2 kawan2 atau sedara2 yang ada masalah kekurangan susu, let me know dan akan difikirkan untuk diberikan daripada membazir, just call me 0136363720 kay...

afnan pun lagi 2 bulan nak capai tempoh penyusuan 2 tahun. macam dah dekat tapi ada dekat 60 hari lagi kan..hehhe...semoga Allah permudahkan urusan ini..aminn....

ini hasil tuaian pagi tadi..alhamdulillah:)

zhafran dan orientasi...

salam..lamanya tak update kan..heheh sibuk memanjang tapi sekarang nie melapangkan sikit masa untuk update benda2 penting yang berlaku walaupun tak dpat update semua..heheh...selasa depan 28 dis 2010, zhafran akan mula ke sekolah menjalani orientasi sebelum formally belajar ikut sessi januari 2011 nanti. excited okay...ummi dia lak yang terlebih excited...risau jugak nak tengok macam mana zhafran nanti. sibuk mintak beg thomas. ayah sibuk google banyak website..akhirnya jumpa 1..insya-Allah akan ayah usahakan sebelum mula sessi persekolahan..esok boleh mula ukur baju untuk uniform

adik pulak akan mula sekolah 3 jan 2011, di tempat yang sama, cuma bezanya adik tak wajib lagi pakai uniform dan tak perlu orientasi...harap2 sangat mereka ini serasi di sekolah nanti..jgnla teringat2 dengan auntie noly kesayangan mereka ....huuu....rasa sangat bersyukur dan berterima kasih pada noly (kawan ummi masa KISAS), sebab jaga mereka dengan baik, aku tau tak dapat nak aku bayar setiap jasa baik ko jaga anak2 aku, suapkan makan anak2 aku macam apa yang aku buat, duit makan yang ko belanja anak2 aku makan...thanks again. walaupun sekejap ko jaga diorang tapi budak2 ni dah sangat2 sayang kat ko....aku pun sayang kat ko jugak...

zhafran bersama abg aiman "game boy"..

adik, abang dan abang aiman

abang dan adik mandi manda di PD

Wednesday, December 1, 2010

sudah 4 tahun kami bersama

wah..wah...sudah 4 tahun la..lama kan?..tapi rasa sungguh sekejap...dengan berlalunya 4 tahun ini, macam2 berlaku..ada sedih ada suka...campur aduk..alhamdulillah, dapat dilalui dengan jayanya..tapi dengan sedikit dugaan dan cabaran inilah membuatkan perjalanan perkahwinan sungguh manis untuk dikenang...dengan dikurniakan rezeki yang paling bernilai iaitu zhafran dan afnan..ummi dan ayah sungguh rasa bahagia...kalian kesayangan ummi dan ayah. tapi agak sedih sebab ummi tak dapat celebrate our big day pada hari ini sebab ummi tak dapat amik cuti due to kekangan kerja di ofis, tapi ummi akan bercuti esok dan celebrate dengan ayah...afnan dan zhafran dok baik2 ngan auntie noly tau jgn nakal2...lepas ummi dah puas enjoy ngan ayah, ummi amik kalian ye..huuu....malam punye sessi dengan kalian pula...apa planning selepas ini?? tentunya mahu untuk fokus pada kerja, kerana ummi merasakan inilah masanya untuk memberikan seluruh tumpuan, memandangkan afnan pun dah besar dah nak mnginjak usia 2 tahun...dan tak lama lagi mungkin wean off breastfeeding ..(topik ini akan dibicarakan kelak)..selepas ini ummi dah tak akan fikir 2-3 kali bila diarahkan untuk pergi hadiri kursus di luar kawasan atau sebagainya...ummi tahu abg dan adik dah boleh berdikari...tambah zuriat??...tentunya mahu..tapi bukan sekarang..ummi ada plan lain lagi sebelum afnan bergelar abang...plannya biarlah ummi sahaja yang tau...even ayah pun tak tahu tau..keh keh....

sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke4 yang cukup manis ini, ummi nak pohon seribu dan berjuta2 kemaafan kepada ayah atas segala dosa ummi, terima kasih sentiasa berada bersama ummi setiap ketika, susah dan senang...terima kasih..ummi akan cuba untuk perbaiki apa yang kurang,..kehadiran ayah menjadi tulang belakang kepada ummi...tertunggu2 apa kejutan kali ini...dah setahun tak terima kad...ummi nak kad...hehheh....nak tambah koleksi kad2 yang ayah bagi...stop dululah...sebelum tu layan dulu gambo saat kami selamat dinikahkan pada 1 Disember 2006..4 tahun lalu....abg dan adik perlu tengok ini!!!!

so sweet time ni....happy anniversary ke 4 ayah....love u so much..