Jumaat bersamaan 14 Ogos 2009, berlangsungnya satu sambutan minggu penyusuan susu ibu sedunia peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya diadakan di Hospital Putrajaya, yang mana ummi telah attend dengan bestnya...hehehhe...sebab ada talk yang boleh menambahkan ilmu berkenaan susu ibu...
Tema tahun ini "Tindakbalas Penting ketika bencana: Sudahkah anda bersedia?"
1st talk disampaikan oleh Che Aini Abd Razak, pakar laktasi bebas yang mengupas tema sambutan penyusuan ibu sedunia pada tahun ini..dengan slide show yang menunjukkan mangsa22 ketika bencana, memang menyedihkan...yang ummi sedih bila anak2 menangis disebabkan ibunya telah hanyut di bawa arus deras air, hancur disebabkan runtuhan bangunan akibat gempa bumi...ditambah pula apabila ibu yang selama ini menjadi sumber minuman dan makanan telah tiada....si anak menjadi mangsa kelaparan...memang kesian..sehingga ummi mengalirkan air mata...
maka, tema pada tahun ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para ibu yang menyusukan untuk bersedia menghadapi situasi2 yang memang kita pun tak nak ianya berlaku..apa akan jadi dengan anak2 yang kehilangan ibu...tiada lagi susu yang mereka hisap setiap hari...katakan tidak kepada bancuhan susu formula, kerna pada saat itu belum tentu susu formula boleh menyelamatkan keadaan...jika tiada sumber bahan api, tiada sumber air yang bersih...bagaimana nak sediakan susu formula..disebabkan fakotr itulah susu ibu adalah penyelamat...
pada ketika itu, regardless anak2 itu berlainan kaum agama dan bangsa, bagi para wanita yang boleh menyusukan...hulurkan bantuan dengan menyambung kewajipan ibu2 kandung mereka dnegan menyusukan anak-anak yang malang ini tanpa ada rasa berbelah bagi...
hati kecil ummi amat2 tersentuh sekiranya ditakdirkan ummi yang tiada...kesian pada afnan...sekiranya tema ini benar2 memberi kesan kepada setiap hati insan yang mendengar...pasti afnan masih mampu dibekalkan dengan susu ibu walaupun bukan dari ummi....
2nd talk bertajuk Penyusuan Susu Ibu dari perspektif Islam disampaikan oleh Ustazah Nabilah yusuf @ Abdul Rahman yang menerangkan akan kewajipan menyusukan anak....bukan sekadar mengandung, melahirkan, mendidik dan membesarkan..malah adalh menjadi kewajipan ibu untuk menyusukan anaknya..ayat Allah yang diturunkan bukan hanya untuk bercerita tetap merupakan satu ayat perintah kepada para ibu untuk menyusukan dengan susu mereka sendiri tanpa melantik "mak angkat" lain untuk menyusukan....mak angkat????..sapa tu..yang makan rumput tepi jalan tu lah.....hahahah..lembu lah sapa lagi..hhehheheh...
Ada 3 sebab yang menjadikan para ibu adalah WAJIB untuk menyusukan anaknya..tidak boleh tidak....
1. Apabila anaknya tidak boleh minum susu yang lain...formula, soya..dll;
2. Apabila si ayah tidak dapat mencari ibu susuan, sedangkan si ibu kandung sebenarnya mampu untuk menyusukan; dan
3. tiada halangan untuk ibu menyusukan....
Ummi betul2 ter kesan dengan ceramah ustazah ini..sebab dulu ummi pikir kita ada option untuk tidak menyusukan..tapi apabila dengar talk ini, segala persepsi telah berubah dan membuatkan ummi bersemangat untuk menyusukan afnan selama mana yang boleh..Adalah dinyatakan dalam Alquran selama 2 tahun sekiranya ingin melengkapkan tempoh tersebut, sekiranya tidak mampu atau ada apa2 halangan, ke atas kedua ibu bapa untuk berbincang apa kah yang terbaik untuk si anak....tidaklah menjadi satu yang wajib untuk melengkapkan 2 tahun...alangkah bagusnya kalau dapat lengkap menyusukan afnan sehingga 2 tahun...
3rd talk...yang ini paling ummi suka sebab dapat dengar pengalaman menyusukan oleh ibu yang bekerjaya...oleh Wardina Saffiah...cantiknya dia suka sangat.....bestlah dengar dia cakap...apa yang ummi ingat...motto dia...tak mudah dan tak senang untuk menyusukan, perlukan pengorbanan masa dan tenaga..tapi tak lama untuk 2 tahun...dan 2 tahun berlalu dengan begitu cepat....ini lagi ummi bersemangat...kalau dia mampu untuk menyusukan anaknya..kenapa tidak ummi....Ummi berdoa agar dapat menyusukan afnan selama mana yang ummi mampu..jgn berhenti demand susu ummi ok....semoga Allah merahmati segala usaha dan niat ummi...target ummi untuk menyusukan afnan selama 6 bulan hampir berjaya..ummi set another target untuk menyusukan for another 6 months....Ya-Allah kau kuatkan lah semangatku agar seluruh tenaga ku dapat ku gunakan untuk perjuangan ini...amiin......
No comments:
Post a Comment