Nuffnang Ads

Wednesday, June 29, 2011

Berlatih puasa...

Lama betul tak berpuasa, hari ini puasa untuk melatih diri kembalik ke keadaan berpuasa..lagipun bulan puasa tak lama lagi menjengah. cuma kali ini belum pasti dapat puasa full ke tak, since period memang dtg setiap bulan. Ummi pun dah tak mengepam, mungkin rasanya lain sikit, mana tak nya dah 3 tahun berpuasa, dan pada masa yg sama menyusu dan mengepam...alhamdulillah. badan boleh rehat sikit. beza tahun ni, semua benda kena buat sendiri since maid pun dah tak ada. pagi2 kena bangun awal, nak bersahur. lepas tu nak bergegas ke ofis pula sebab pilih masuk kerja awal 7.30 dengan niat dapat balik awal dan menyediakan juadah berbuka puasa. memang malas nak beli makanan di bazar ramadhan yg semakin lama semakin mahal. part sedap tu pun lagila...tak sedap mana pun, lagi sedap masak sendiri walaupun simple. insya-Allah tahun ni, dapatlah masak sendiri, anak2 ummi pun jenis baik dan ikut kata. dok depan tv tgk babytv ummi dah boleh pusing 1 rumah atas bawah siapkan apa yg patut. alhamdulillah. plan nak juga buit biskut raya sendiri, malas nak beli bukan sedap mana pun kan?..at least kalau buat sendiri, suka hati kita la nak adjust macam mana pun bagi lagi sedap kan?. plan lain nak beli kain lagi 2-3 pasang untuk buat baju raya...tahun nie macam nak beraya sakan je dengan hasil jahitan sendiri..seronok2....

banyak betul plan ummi nak sambut puasa dan raya nie..kalah budak2 kan...tak kisahla asalkan hati gembira...cuma tahun ni tak best sikit sebab ayah tak dapat cuti..mungkin kena raya 3 beranak je la..tapi dah biasa dah sejak kawin....

Monday, June 27, 2011

siapa kata saya boleh hidup tanpa suami?

Serius saya memang tak boleh hidup tanpa suami..saya memang nampak hebat dan cekal bila tiada suami...tapi saya masih perlukan si dia di sisi saya semasa saya senang dan susah..serius! i mean it!....

Kenapa saya rasa sedikit down hari ini..

Entahla..di mana tempat saya perlu mengadu, kepada siapa saya mahu berkongsi rasa, saya belum boleh solat kerana cuti. kalau tidak mesti saya sudah tersedu2 menangis mengadap-Nya.tapi hati ini rasa sungguh2 sedih. puncanya?...hanya saya yang tahu. hati saya benar2 tersentuh. tapi lebih baik pendam sahaja daripada melayan dan membalas. rasanya tidak ada gunanya membalas jika makin menghangatkan suasana. Saya sering tertanya2 kenapa manusia sering menilai orang lain tanpa melihat keburukan dan kelemahan sendiri? Kenapa perlu menjatuhkan maruah orang lain di hadapan khalayak ramai. Saya cukup berbangga dengan diri saya kerana pada hari ini, saya bertindak penuh rasional kerana tidak membalas. Berdiam diri bukan tanda kita kalah. Hanya kita yang tahu diri kita.

Saya tidak meminta untuk dianugerahkan apa-apa atas usaha dan kerja keras saya selama ini. tidak pernah sama sekali. tetapi perkara ini diperkatakan, maka tergugat juga saya. Nasib baik IQ dan EQ saya seimbang pada hari ini, maka keputusannya jadi POSITIF. Saya cuba bertindak dan berfikiran positif. Alhamdulillah saya sangat ok, setelah itu. Apa2pun, hanya Allah dan saya yang tahu apa yang tersirat di hati ini. Betul la kata orang kerana mulut badan binasa. kata-kata mampu musnahkan semuanya. Saya seolah2 hilang harga diri apabila diperkatakan seperti itu. Kerna itu, saya lebih berhati2 untuk menutur kata. Saya tidak mahu membezakan saya dengan orang lain. Kalau ada yang saya silap, saya betulkan. Kalau memang saya betul, saya pertahankan. Manusia sering termakan hasutan dan cucukan orang lain. Hidup sebagai manusia saya rasa akan jadi sia-sia bila kita tiada pendirian dan tidak mahu hormati perasaan orang lain. Bila kita sahaja rasa kita sentiasa betul, dan sentiasa menuding kesalahan orang lain, sebenarnya kita silap, satu jari tunjuk kepada orang lain tanpa disedari 4 jari lain menuding ke arah kita.

Saya sudah ok dan akan ok untuk selamanya. Saya berdoa agar manusia sebegini diberikan hidayah utnuk berubah ke arah yang lebih baik. Amin....

Wednesday, June 22, 2011

Hasil Jahitan Ummi yang Pertama



BAJU RAYA QALEESYA

Kamu berdua....yang ummi sayang..





seronok bila melihat mereka berdua gembira....

Ayah terharu bila.....

Ya...ini la dia yang buat ayah terharu!!!

Sempena Happy Father's Day baru-baru ini, anakanda2 kesayangan ayah buat something di sekolah yang benar2 menyentuh perasaan ayah...terharu beb bila anak-anak kecil buat sesuatu yang kita tak expect kan?...tiba masanya nanti kamu juga akan merasainya...itulah perasaan ummi bila ummi dapat something hasil buatan mereka ini....so sweet....!..ayah kata dia nak letak kat ofis...

U're my sweetheart..love u always...

Tuesday, June 21, 2011

Apa yang Ummi Buat Masa Cuti kali ini....

Esok dah nak naik kerja dah.ummi mula bercuti jumaat lepas sehingga hari ini. Walaupun lama, tapi bila fikir2 balik, sekejap sungguh sebab esok dah kena masuk ofis balik,..huhuu..Jumaat lepas, abglong, kak nora n qaleesya datang rumah dan kami habiskan siang kami pada hari sabtu di Nilai 3, jalan2 shopping.maklumlah sekali sekala orang jay bee datang sini. hehehe...murah kan?..petang tu plan nak ke pool untuk swimming tak jadi sebab semua keletihan. malam tu kami celebrate father's day makan ramai2 di Restoran Saba', Cyberjaya. ramai betul orang...tapi kami tetap dapat tempat makan...

ahad abg long dah balik muar ngan abah dan mak. tinggal kami anak beranak. dekat tengahri kami chow g umah kawan ayah kenduri sambut puasa katanya. seronok betul dapat menjamu selera makanan pantai timur..semua ada..dan sedap2 belaka...balik tu singgah mydin usj..punya la ramai umat...tension balik cepat2..balik malam tu ummi mula projek menjahit baju qaleesya...heheh..alhamdulillah jadi jugak walaupun terkehel2 ummi buat untuk part leher tu...keh keh...hari isnin pula ummi dah ayah g nengok KL Gangster, wah seronok la tengok citer tu..macam tak puas tengok seth tan bergaduh...gaduh2 pun maintain macho sey.....hehhehe...balik sambung menjahit lagi...malamnya tanpa plan, lepas amik anak2 di sekolah..kami terus ke shah alam nak g tengok apa yg best ngan I-city...malam2 hari kerja pun ramai orang ...nasib baik tak g time weekend...best jugakla..tapi sebab tak plan, kamera pun tak bawak..cuma dapat catch sikit2 guna hp ayah..kalau hp ummi alamat nampak apa je ntah...

hari ini sambung menjahit baju ummi pula..sekarang ni baju dah siap..tinggal kain tak pandai lagi nak jahit zip dan sambung pinggang dan getah...insya-Allah kalau ada masa esok boleh belajar lagi...hehhehe...

macam summary pulak rasanya...nak upload gambo jap lagi la.....

Wednesday, June 15, 2011

15062011








kek dan bunga hadiah dari ayah...thanks ayah!
terima kasih kanak2 riang yang sama2 meraikan besday ummi...thank u!!! love u all

I'm too SEXY to be 30....






alhamdulillah, genap ummi 30 tahun hari ini. dah 30 tahun rupanya kan, tak sangka tau. bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagian berumahtangga, kesenangan harta benda, rezeki mempunyai cahaya mata dan berpeluang bernafas lagi di bumi Allah ini. orang pertama yg wish ummi adalah ayah...tapi sms pertama yg dapat adalah dari celcom 1 hari lebih awal..hahahah....tu tak kira lah kan?



ummi melalui minit2 pertama pagi ini dengan menguruskan anak2 yang banyak ragam. mereka berdua bangun tepat pukul 6pagi, tetapi sebab ayah mereka tiada, masa untuk make up pun terpaksa di pendekkan..ala kadar sahaja. mereka nangis2 minta ummi bukak tv sebab nak tgk babytv...adik nangis sepanjang perjalanan sebab tak puas hati ..yg paling tak tahan ialah adik muntah dalam kereta..nasib baik kena kat car seat je..kalau tak....habis bau 1 keta.



ummi buat sedikit jamuan untuk kawan2 diofis. bukan jamuan apa sangat pun, tapi rezeki dapat capai umur 30 tahun dan juga rezeki lebih APC hari tu, apa salahnya kongsi kegembiraan dengan mereka ini. nak buat kat rumah belum tentu mereka boleh datang kan. Ayah nak spnsor kek, so tunggu lunch nanti la, kot2 ada surprise lagi ala2 seth tan...hahahah...



sangat best birthday kali ini, bila ramai staff di ofis sedar dan wish birthday kat ummi. sungguh terharu. ada juga yang call. anak2 sedara, adik dan lain2 pun ingat. memula plan nak masak pulut..tapi takut tak sempat nak masak pepagi...mungkin lain kali je la...balik ni nak celebrate ngan ayah pula. plan nak masak rendang ayam.



harapan ummi bila dah capai umur 30 tahun ini...ummi berdoa agar dipermudahkan segala urusan, dikurniakan anak lagi tahun hadapan, kalau boleh dan diizinkan Allah, dapat gurl. mesti best, kemajuan lagi untuk kerjaya, dan masih mengharap untuk sambung belajar. Semoga apa yang dihajati akan jadi kenyataan satu hari nanti..



Terima kasih kepada semua yang menghargai ummi selama ini....


Saturday, June 11, 2011

My Best Fren's Engagement!

Tahniah untuk kawan ummi seorang ini yang telah selamat ditunangkan pada hari ini bersamaan 11 Jun 2011. Ingatkan ko nak tunang masa birthday aku..keh keh...aku tunggu ur big day nanti. sorry aku tak dapat join kat kelantan pada 3 hari raya nanti..takpe, untuk rumah sebelah bakal suami ko, insya-Allah akan aku pastikan hadir meraikan majlis bersama 2 lagi kawan baik....Nur syahidah dan Zuhailah Nazuha....20 November 2011...cantik la tarikh tu 20112011....aku doakan yang terbaik untuk kebahagian ko nanti amin......

Friday, June 10, 2011

SGM Breastfeeding at SPA-open topic

alhamdulillah, tadi selesai sudah sessi SGM bersama-sama dengan ibu-ibu dan bakal ibu (ada yang hadir belum berkahwin pun dan dah kawin tapi belum ada anak). Kali ini ummi dijemput oleh Along Azrina, untuk bantu beliau conduct one session di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Walau pun dihadiri hanya 5 orang sahaja, tapi ia cukup bermakna. Ummi juga lebih prefer group yang kecil supaya fokus lebih dan semua orang ada peluang untuk menyatakan pendapat dan berkongsi pengalaman. Memandangkan Along kata, mereka ini sebenarnya memang bersemangat untuk menyusukan tetapi tiada sokongan dan kebanyakannya ada masalah tertentu yang hampir2 membuatkan mereka give up untuk meneruskan penyusuan.


Salah seorang ibu yang bayinya baru 3 bulan tetapi mengalami masalah kemeruduman susu. Menurut beliau, keadaan ini berlaku selepas beliau mengambil suntikan pencegah kehamilan di klinik desa di kampungnya. Beliau inginkan kepastian sama ada suntikan tersebut benar-benar penyumbang kepada faktor kemeruduman yang dihadapi. Di sini, peranan ummi adalah memberikan fakta sebenar tentang kesan-kesan penggunaan kaedah perancangan keluarga. Pada asasnya, suntikan tidak akan mengganggu penyusuan, tetapi ummi cadangkan beliau berjumpa dan consult doktor atau nurse klinik untuk memastikan sama ada benar atau tidak, kesan suntikan tersebut memberi tindak balas negatif untuk penyusuannya. Di sini, ummi perlu tahu had batasan ummi sebagai peer counselor kerana apabila sesuatu yang melibatkan medical, kita hanya boleh memberi asasnya dan untuk kepastian perlulah dirujuk kepada doktor atau nurse yang lebih arif di bidang tersebut. Ini kerana penerimaan sesuatu kaedah perancangan keluarga adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang lain.


Halangan lain, seorang ibu kepada seorang anak yang ingin tahu persediaan awal untuk menyusukan anak keduanya. Beliau sedang mengandung 5 bulan dan bernekad untuk menyusukan bayinya selepas lahir. Menyentuh soal pemilihan breastpump yang tepat dan bersesuaian dengan dirinya. Beliau terus bertanya bagaimana review pengguna spectra 3. Apa yang ummi boleh suggest adalah, pemilihan sesuatu breastpump bukan bergantung kepada mahal murahnya pam tersebut, tetapi kepada bagaimana ia bersesuaian dengan diri. Untuk mencapai titik keserasian itu juga perlu bermula dengan sessi berkenalan dengan pam. adakalanya memakan masa berhari2 dan berminggu2 untuk serasi dengan rentak pengepaman kita. Ummi cadangkan pilih pam yang dual pump untuk mempercepatkan terhasilnya let down reflex yang mana bila let down susu yang pekat lemak berkrim akan terhasil dengan banyaknya. Tetapi ingatan dan pesanan juga diberi bahawa sekiranya tiada sessi pengepaman yang konsisten dan berjadual, tiada gunanya berhabis duit beratus.


Apa yang penting, semangat dan niat sahaja tidak memadai. Untuk menjayakan penyusuan ini, ia perlu diiringi dengan usaha dan akhir sekali tawakal. Doa adalah senjata mukmin. Maka selalulah berdoa agar perjalanan penyusuan dipermudahkan. Walaupun sessi SGM tadi berjalan hampir sejam 15 minit tapi memang tidak terasa lama pun. Banyak lagi persoalan2 yang mereka ingin tanya tapi belum sempat. Mereka mahukan sessi2 yang lain pada masa akan datang. Insya-Allah, ummi akan cuba membantu mereka-mereka ini walaupun tidak secara face to face...mungkin dalam email atau thru phone. Plan kami kalau ada rezeki mungkin akan bertemu ibu-ibu di Jabatan Kerja Raya pula.


Walaupun penat sikit berkejar2 masuk ofis sebab kena bertugas dikaunter, tapi sedikit pun tiada rasa kekesalan. Rasa puas sepanjang hari. Ummi harap usaha ini tidak berhenti di sini sahaja. Ada masa insya-Allah kita jumpa lagi.

Wednesday, June 8, 2011

Duhai Anak...

Duhai Anak...

Mari sini ummi nak pesan..

Jangan sesekali menyombong diri...
Ummi tak ajar kamu berdengki hati..
Namun perlu berhati-hati...
Takut ada yang dengki..
Tapi jangan ambil peduli..
Kelak nanti memakan diri.

Sedar apa jua kelemahan
Namun pasti jua ada kelebihan
Tapi bukan untuk kebanggaan
Iapi untuk kita jalankan peranan
Sebagai Makhluk Tuhan.

Terima segala teguran
Bukan sebagai satu tekanan
Tetapi mengharapkan satu perubahan
Mana yang baik sila amalkan
Setiap yang baik ada balasan.

Berfikir dulu sebelum bertindak
Tapi jangan teragak-agak
Tahu apa yang mendesak
Jangan biar minda tersesak.

Sedar kita bukan sentiasa di atas
Sekelip mata ke lantai terhempas
Tapi bersyukurlah....
Kita masih bernafas....


Anak-anak sayang, ummi pesan ini supaya bila kamu besar nanti, mesti akan lalui apa yang ummi telah lalui selama hampir 30 tahun ini. Tak semua benda manis kita tempuh. Tapi peganglah kata ummi, buat baik dengan orang, hormati orang, sebelum kita mahu orang berbuat baik dengan kita dan hormati kita. Hindarkan perasaan dengki, ingat rezeki kita bukan terletak di tangan manusia tetapi Allah yang menentukan. Jangan sesekali gelojoh mengejar duniawi sehingga tertinggal apa yang pasti.

Ummi sayang kamu berdua....:)






Sunday, June 5, 2011

Pengalaman Pertama...

Pengalaman apa tu ye? minggu lepas nenek dan atok call ummi mereka kata banyak durian kat kampung...so, ummi terpikir kena balik jugak nie tak leh jadi..nak tunggu 2 minggu lagi belum tentu ada lagi...durian tahun ni menjadi banyak pulak..tapi luruh serentak...nak jadikan cerita pulak, minggu lepas jugak, ummi belajar mengukur kain dan menggunting kain dengan kakak ofis ni. tapi satu alat jahitan pun tak de tau, sebab memang nenek dah cakap nak bagi mesin jahit dia, alat2 jahitan, pembaris...so, buat apa membazir kan? baik amik barang2 tu, at least minggu nie dah boleh start projek tu. nak handle dgn anak2...so far alhamdulillah tak de hal la. diorang dah besar. lagipun tahun ni banyak juga benda nak buat dah ada dalam plan. insya-Allah buat satu2 dulu. Kalau diizinkan Allah, nak juga buat biskut raya macam tahun lepas. tak nak buat banyak, asal lepas...tak payah beli. zaman ekonomi asyik naik harga nie..confirm tahun ni biskut pun naik harga kan...lagi satu projek jahit...so far nak bagi mahir buat baju kurung tradisional dulu..dah pandai nanti boleh extend kat benda lain....actually ummi memang suka bab2 ERT ni..Ekonomi Rumah Tangga ...suka masak, jahit, kemas, sulam...dll...cuma masa je tak izinkan dulu la..tp cuba untuk sempatkan...memang penat tapi bila kita minat, dan ada kemahuan mesti boleh punya...kalau dah pandai jahit nanti nak berguru juga jahit cloth diapers sendiri...jahit langsir, sarung bantal dan cadar....bestnya tak sabar rasanya...lebih kepada buat sendiri..belum terpikir nak amik tempahan ye....




Ini antara pengalaman pertama ummi la, yela takkan dalam hidup sama je kan?..kerjaya maju, personal life pun kena maju ye tak?..baru ada pembaharuan...bosan tau kalau tak de apa perbezaan...masa awal2 maid tak ada dulu, memang banyak keluhan, penat handle mereka berdua ni. lelama, dah biasa...ummi rasa senang buat kerja sendiri..lebih privacy...betul la kata orang...harap mereka berdua nie besar sedikit baru plan untuk tambah ahli keluarga. biarlah lambat sikit, yg penting hidup dan rumah tangga teratur..




Balik kg baru ni, ada rezeki lebih sikit, belanja nenek, atok, pak ngah, mak ngah dan busu makan di umbai..pergh...memang sedap makan kupang, pepahat segar...kecur lak air liur padahal baru malam semalam makan..lupa lak nak amik gambo dah lapar sangat..makanan sampai terus belasah...sotong goreng tepung dia pun sdap dan garing..kalau g sana, boleh la try makan kat gerai no 10, murah dan sedap..semalam makan sotong goreng tepung 2 pinggan besar, pepahat 1 pinggan sweet sour, kupang pedas 1 pinggan besar, ikan siakap besar 3 rasa, ikan pari sederhana bakar berlada, nasi untuk makan 7 orang, nasi lemak 2 bungkus untuk diorang nie, mcam2 air mintak...semua sekali RM135.00..murah kan?...makan sampai tak leh masuk perut dah...hehheh......




kalau di bagan lalang kadang2 murah dan kadang2 mahal...bermusim...kedai pertama kat hujung simpang tu. pernah makan bertiga RM100 macam tu la..tapi amik macam2...ada ketam lagi...ummi dan ayah memang suka seafood...tak leh tahan...sedap!...




ok lain kali kalau makan lagi boleh snap gambo.....:)