Ya-Allah apa lah ujian yang Allah berikan untuk ummi ketika ini...tak tahu nak cerita di mana mulanya, tetapi yang penting ianya sedang berlaku dan benar2 berlaku ketika ini...alkisahnya, anak-anak ummi yang 2 orang tu sedang melalui fasa ini...yang betul2 membuatkan ummi hilang sabar...ye, sabar adalah key yang paling penting untuk melalui fasa ini..tetapi sabar itu ada juga hadnya...bila hilang sabar, maka sedas dan ber-das2 lah yang akan diterima oleh zhafran dan afnan..ye, betul memang mereka kecil lagi..dan tak paham apa2..tapi entahlah, mereka yang bergelar parents yang tidak punya masalah ini, mungkin melihat ini sebagai kejam..tapi apa kan daya ummi cuba dan terus cuba untuk bersabar..tapi...entahlah memang rasa bersalah bila telah meng lepuk dan mencubit mereka berdua tu...
paling klimaks hujung minggu baru ini, ummi dan family ayah enjoy family day di PD..di sana la kemuncaknya, bila ummi memang tak tahan sabar dengan perangai adik yang terlalu manja, tidak boleh berpisah walau seminit..berdukung sahaja ye...bayangkan la adik nak masuk 2 tahun bulan depan, tapi berkepit dengan ummi, kalah baby umur bulan 3 bulan setengah ye...pelik sebenarnya dan cuba untuk mencari punca kenapa adik tiba-tiba jadi lain, seolah2 ummi nak tinggal dia selama-lamanya..ummi tak ke mana sayang..ummi ada...dulu, hanya cari ummi bila nak upah nenen...tapi sekarang sudah kembali ke zaman dia baby pula...memang pening kepala memikirkannya...adakah ummi ada isi dalam perut??..kata orang2 tua, kalau baby meragam lain macam, sebab dengki ada adik kat dalam perut..sejauh mana kebenarannya??? itu akan diberitakan kelak..hahhahaha....apa yang ummi buat ialah cuba comfort kan adik dengan memberi lebih perhatian, cuba ikut kehendak dia untuk terus melekap..tapi jenuh jugaklah sayang..ummi memang tak boleh buat kerja lain...kalau dulu ada kak yanti takpe lah jugak..sekarang ni ummi lebih banyak kerja rumah la sayang..kalau adik berterusan begini, nampaknya tak berasap la dapur rumah kita, tak habislah beras 10kilo yang ayah beli, berhabuk bersawang la rumah, takut2 jadi macam rumah orang indon..upppssss.....nauzubillah....
abang pula lain ragamnya...lebih kepada tidak mendengar cakap, apa yang ummi tak bagi itu yang dibuatnya...google punye google, jumpa page
ini yang sedikit sebanyak memberi guidelines kepada ummi untuk mengatasi masalah ini...ye benar, fasa ini pasti akan berlaku, teruk atau tidak bergantung kepada behaviour kanak-kanak itu. apa yang ummi nak share di sini ialah ada beberapa steps yang ummi cuba buat based on links yang ummi paste kat atas tu...
Ignore him.
Most tantrum-throwers are trying to attract attention. If you don't give him that attention, he will lose interest and stop the tantrum.
- yang ini memang ummi dah cuba buat, tapi mungkin ia akan berjaya sekiranya tiada penglibatan individu lain yang akan menggagalkan cthnya, zhafran mahukan cap spider man yang pada hakikatnya dia memang tidak memerlukan pun, kerana di rumah telah ada cap lain yang ummi belikan...(untuk tujuan tidak membazir), ummi cuba some sort ignore kehendak dia, tapi bila ada yang membelikannya jugak, maka usaha tersebut GAGAL ye...GAGAL.....ummi tidak mahu zhafran terbiasa dengan habitnya akan menangis sekuat mungkin untuk dapatkan perhatian individu lain untuk mengikut kehendaknya....serius ummi TAK SUKA....
Send him to bed or to his room.
This gives both of you a cooling down period.
-yang ini ummi selalu buat untuk adik dan berjaya,,mungkin juga faktor kejayaan adalah disebabkan, adik di cool kan dengan memberi upah nenen..yang pastinya bukan setakat cool..malah HANYUT seperti lagu yang didendangkan oleh Faizal Tahir...(merepek lah tu...)
Leave him.
Obviously, don't take your eyes off the child if you do this in public.
- yang ini memang nampak agak kejam bagi sesetengah orang yang hatinya cair..bukan nak kata hati ummi ini sekeras kerikil...tapi untuk mencuba usaha ini..ummi telah lakukan kepada afnan...tetapi belum berjaya, kerana afnan akan menangis tanpa henti...mungkin juga ummi buat ini semasa kehadiran ramai orang.. maka ia nampak seperti kekejaman yang melampau, tetapi hakikatnya tidak..daripada ummi pukul dan cubit dan sebagainya...lebih baik cuba cool kan perasaan sendiri dan beri si kecil masa untuk bertenang..tapi sekiranya si kecil masih tidak bertenang maka, ummi terpaksa mengalah:(
Distract him.
Start to play with a new toy, get your child a drink, go outside for a walk. Do whatever it takes to get your toddler's mind off the problem.
-yang ini kadangkala berjaya dan banyak masa yang tidak berjaya...selalunya abang lebih mudah dipujuk berbanding adik...bukan untuk membezakan ye, tapi untuk comparison pada ketika bila step ini berjaya dikendalikan....
Ummi sudah try 4 cara ini, ummi tak pasti kawan2 ummi yang lain pernah melalui fasa ini atau tidak...tapi sekiranya kalian ada cara yang lain, bolehlah berkongsi dengan ummi..thanks ini advance...:)
mode: sedih dan kepala berat (selesema berjangkit daripada diorang la ni)...disebabkan jadi urusetia meeting petang ini, gagahkan diri jugak ke ofis...ketahuilah sayang, ummi buat ini semua untuk kalian...ummi tetap sayang anak2 ummi....:)
adik lebih kurang macam inilah...tak boleh berenggang langsung...credit to google
adakalanya ummi berdepan dengan keadaan yang paling huru hara seperti ini..apa yang perlu ummi buat??sila bantu...